Tuesday, January 05, 2016
Apa Sudah Jadi Ni..... Azmin Bohong Mengenai Tender Terbuka - Chegubard
SHAH ALAM : Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin
mendakwa tiada proses tender terbuka yang dijalankan bagi memperolehi
projek kawasan balak seperti yang dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor
Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.
Menurutnya, beliau mempunyai dokumen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(MMKN) sebagai bukti dua syarikat yang memperolehi anugerah kontrak bagi
dua kawasan pembalakan itu bukan melalui proses yang telus.
"Disini saya tegaskan Azmin menipu dalam kenyataan medianya apabila dia
menyatakan syarikat yang memperolehi kawasan balak itu mendapatkanya
melalui tender terbuka.
"Malah dia mencabar saya membuktikan bahawa dua syarikat dapat kawasan balak bukan melalui proses tender terbuka.
"Jawapan saya mudah kalau ia tender terbuka mana iklan tendernya? Saya
mahu sebut dengan jelas dalam tangan saya ada dokumen MMKN yang
membuktikan tidak ada proses tender terbuka dijalankan," katanya dalam
satu kenyataan.
Memetik laporan media rasmi kerajaan negeri, Selangorkini pada 17
Disember lalu, Azmin mendakwa setiap perolehan di Selangor dibuat secara
tender terbuka sejak tahun 2008.
Beliau juga menyifatkan dakwaan Chegubard sebagai fitnah dan mencabarnya agar mengemukakan bukti.
Dalam pada itu, Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata
ramai pemimpin parti yang bersetuju dengan tindakan yang diambil beliau
dalam membongkarkan perkara ini.
Chgubard menyifatkan tindakan yang diambil ini adalah kerana beliau sayangkan PKR yang dianggap sebagai rumah perjuangannya.
"Ramai pimpinan parti bersetuju dengan apa yang saya lakukan namun saya
diperingatkan betapa ada usaha yang bersungguh mahu saya dipecat dari
parti.
"Saya pernah ditunjukkan pintu keluar dihina dan dipijak dalam parti
sendiri, saya difitnah meninggalkan parti namun realitinya saya masih
disini, saya sayangkan parti ini kerana inilah rumah perjuangan saya.
"Saya ulang isu korupsi, pembaziran, penyelewengan dan salah atau lemah
urus tadbir tidak kira dilakukan oleh regim Barisan Nasional atau pihak
mana sekali pun yang mentadbir negara atau negeri harus ditegur dan
dibongkarkan,"ujarnya.
Tambahnya, tindakan yang telah diambil bukan bertujuan untuk ambil alih
kuasa tetapi untuk terus menjadikan PKR sebuah parti yang lebih baik.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment