Tuesday, January 05, 2016
Meroyan Betul Lah Mamat Ni..... PAS Kena Iktiraf Kewujudan PAN di Selangor - Khalid
SHAH ALAM : PAS perlu mengiktiraf kewujudan Parti Amanah Negara (PAN)
sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor demikian kata
Pengarah Komunikasi Khalid Samad meminta.
Di atas sebab itu juga, Khalid berkata, PAN juga berhak menduduki
kerusi-kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu.
Katanya, sikap PAS 'menutup' ruang kepada PAN dalam pembahagian kerusi
berkenaan juga dilihat janggal, sementelah parti itu tidak pula
mempertikaikan kuota yang diterima DAP.
"Secara peribadinya, saya melihat PAN semenangnya sudah menjadi
sebahagian kerajaan Selangor. ADUN PAN juga duduk di belah kerajaan.
"Maka agak pelik jika mereka sebahagian kerajaan negeri, namun PAS
mengambil sikap yang begitu keras terhadap PAN, sedangkan ahli-ahli
majlis dan jawatan untuk DAP pun PAS tidak bantah. Jika nak bantah,
perlu bantah sekali dengan DAP, mengapa PAN sahaja?" katanya ketika
dihubungi Antarapos, hari ini.
Khalid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PAS,
Datuk Iskandar Abdul Samad bahawa PAS tidak memberi laluan kepada
serpihan partinya di Selangor dalam pembahagian kerusi Ahli Majlis PBT
negeri.
Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman juga senada dengan
Iskandar, sambil menambah PAS akan kekal dalam kuota berkenaan tanpa
memberi laluan kepada PAN.
Sementara itu Khalid berkata terpulang kepada masyarakat menilai sikap dan pendirian yang diambil PAS dalam perkara tersebut.
"Sikap PAS yang dizahirkan itu adalah sikap PAS. Bagus juga supaya
masyarakat memahami apakah sebenarnya sikap PAS dalam hal ini," ujar
Ahli Parlimen PAS itu.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar ketika dihubungi
media memberitahu parti itu akan tetap memberi kuota terhadap PAN
dalam pembahagian kerusi Ahli Majlis PBT Selangor.
"Ya, kita tetap akan beri kuota.
"Itu pendirian PAS, tetapi pada saya jika PAS tahu keadaan di Selangor,
saya ingat PAS kenalah faham. Namun beri menteri besar yang buat
keputusan," tambahnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment