Tuesday, January 12, 2016

DAP Ajar Perdana Menteri Najib Razak Cara Nak Guna Duit Rakyat???

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/01/tony-pua-najib_600.jpg
Raja pengkritik negara, Tony Pua masih lagi tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengenai isu skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad. Ahli DAP itu tidak berpuas hati, apabila Najib memberitahu bahawa hutang syarikat 1MDB hampir RM50 bilion itu telah hampir diselesaikan tanpa menggunakan ‘sekupang’ pun dari duit rakyat.

Mungkin dia tak berpuas hati dengan tanggungjawab membanggakan Perdana Menteri, Najib Razak kot, Malah Ketua Publisiti Kebangsaan itu dilihat seperti mahu mengajar Najib cara untuk menggunakan dana rakyat bagi menyelesaikan hutang 1MDB.

Rasanya DAP nak ajar Najib macam mana cara dorang buat kot, guna duit rakyat untuk kepentingan peribadi. Sebab tu dorang tak puas hati sangat dengan Najib apabila perdana menteri itu memberitahu hutang 1MDB hampir berjaya diselesaikan, tanpa menggunakan duit rakyat.

"Yang kita banggakan penyelesaiannya dalam bentuk bukan MoU (Memorandum Persefahaman) tetapi dalam 'agreement' (persetujuan) yang ditandatangani, dan lebih mustahak ia tidak guna dana rakyat sama sekali. Ini perlu saya jelaskan," kata perdana menteri pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri semalam.

Memberi tindak balas atas kenyataan itu, Tony Pua dengan rasa tidak puas hati mempersoalkan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku dengan jayanya. Dan kenapa hutang boleh diselesaikan tanpa guna duit rakyat.

Rasa kitalah, Najib telah pun menjelaskan dengan terperinci, bagaimana syarikat 1MDB melunaskan sejumlah hutang tersebut. Panjang lebar ulasan yang diberikan Perdana Menteri, Najib Razak. Tak kan tu pun tak faham bahasa lagi?? Kita syak Tony Pua ni langsung tak faham Bahasa Melayu, lepas ni Tony Pua kena guna translator untuk diri dia agaknya. Tidak pun berhenti je jadi pemimpin, sebab spesis orang yang tak faham Bahasa ni buat semak je.

Di kesempatan itu, Tony Pua sempat mendesak Najib untuk menjelaskan bagaimana hutang itu dilangsaikan di Parlimen. Sekiranya Najib tidak mampu berbuat sedemikian, maka jelas menunjukkan ada sesuatu perkara yang tidak kena yang cuba disembunyikan oleh beliau, katanya.

Malah Tony Pua turut menuduh Najib seorang pengecut, kerana tidak berani menjelaskan kepada badan perundangan tertinggi negara. Lerrrrrr… Apa masalah Tony Pua ni yang tak habis-habis nak masuk campur dan meroyan pasal 1MDB?? Orang dah nak 'settle' tapi masih nak tuduh macam-macam.

Lebih memalukan apabila Tony Pua mendakwa hanya orang-orang yang pakar dan tahu bidang kewangan je yang boleh lihat, sama ada perdana menteri ini berbohong atau tidak. Hanya orang yang mempunyai ilmu duit je yang tahu sebenarnya, Najib cuba menutup skandal RM50 bilion tu.

Haishhhhh,  kita syak Tony Pua ni yang buta pasal ilmu kewangan kot.. Dah la Bahasa Melayu pun bangang! Menyusahkan orang je. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment