Malah ahli-ahli Al Sunnah Wal Jamaah itu semakin rancak dan lebih gemar menghabiskan masa untuk berbalah dengan parti serpihan mereka, iaitu Parti Amanah Negara (Amanah). Saling bercakaran antara satu sama lain dan sikap tidak mahu mengalah telah menyebabkan Pas sudah kurang ‘kick’.
Menurut mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, antara sebab-sebab Pas hampir musnah adalah mereka kehilangan dan perginya seorang bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pemergian Allahyarham Nik Aziz memberi impak besar kepada parti tersebut. Jelas berlaku kepincangan selepas kematian Nik Aziz, sehingga menyebabkan parti Islam itu berpecah belah dan wujudnya satu parti serpihan Pas, iaitu Amanah.
Selepas negara dikejutkan dengan pemergian Nik Aziz pada 12 Februari yang lalu, parti Pas seolah-olah hilang taring dan tidak lagi berbisa. Pengaruh Pas yang suatu ketika dahulu menjadi ketakutan parti pembangkang lain kini lenyap. Semua ahli Pas dilihat mahu merampas kuasa yang ditinggalkan, mereka mula mengeluarkan tanduk dan menunjuk sikap sebenar mereka.
“Saya tidak nampak apa yang saya nampak ‘last time’. Sebelum dan selepas masuk PAS.
Muhammad Taib juga tidak menolak bahawa, dia meninggalkan Pas kerana berlaku pergolakan dalam parti. Parti tersebut juga dilihat sudah lagi tidak 'special'. Muhammad Taib yang kini beralih arah menjadi hamba Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, walaupun badan Nik Aziz bertubuh kecil namun dia mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar.
Pada ketika Nik Aziz masih ada, tiada seorang pun ahli Pas mahu pun pembangkang berani untuk menidakkan tindakannya. Malah Cina DAPig juga turut melutut di kakinya.. Tapi tidak seperti sekarang. DAP kini seolah-olah mahu membalas dendam kepada parti islam itu dengan mempermainkan isu perkauman.
“Dia (Nik Aziz) merupakan lelaki yang bertubuh kecil, tetapi mempunyai pengaruh yang besar. Semasa dia ada (hayatnya), mereka (pemimpin Pas kini) tidak berani macam ini.
“Pada hayatnya ketika itu, bangsa Cina juga membawa bendera PAS. Apa yang dia buat nampak jelas pada masa itu. Sekarang ini nampak ada permainan perkauman. Jika diikutkan zaman Nabi, mana ada perkauman,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment