Tuesday, January 05, 2016

Dari Isu RM7.6b Hilang Hingga Isu Tipu Balak… Sampai Bila Azmin Mampu Kunci Mulut?

KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batang Kali, YB Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata sampai bilakah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mampu menutup mulut dalam isu-isu yang berbangkit di negeri itu termasuk isu tender pembalakan di dua bidang tanah melibatkan projek jajaran talian elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Chubadak dan Mahkota Cheras di Kuala Lumpur.

Menurut beliau isu terbabit yang ditimbulkan oleh aktivis Badrul Hisham Shaharin adalah kelangsungan daripada isu-isu yang timbul sebelum ini seperti Darul Ehsan Investment Group (DEIG), dana penstrukturan air Selangor serta kos pembaikan gerbang Darul Ehsan di Lebuhraya Persekutuan.

“Isu-isu sebelum ini pun tidak mendapat penjelasan lanjut dan penerangan yang sejelasnya, tidak peliklah nanti jika perkara berkenaan akan terus dibiarkan berlalu begitu sahaja sedangkan rakyat menanti dan terus menanti.
Azmin-Ali-DEIG-Selangor-MBI 
“Sepatutnya beliau perlu jelaskan kepada masyarakat umum segala perkembangan yang berlaku baik dalam isu-isu sebelum ini mahu pun isu terbaru itu supaya ketelusan dan integriti kerajaan negeri tidak tercemar atau dianggap menyembunyikan pembohongan.

“Jangan hanya pandai pertikai integriti kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sahaja. Apa yang timbul seharusnya tidak boleh dibiarkan begitu dan berlalu sahaja dan kena berilah penjelasan sewajarnya,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Semalam Badrul mendakwa kerajaan Selangor berbohong mengenai tender pembalakan di dua bidang tanah melibatkan projek jajaran talian elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Chubadak dan Mahkota Cheras di Kuala Lumpur.

Beliau juga mendakwa mempunyai surat berstatus rahsia yang membuktikan dua syarikat dianugerahkan kontrak membalak secara rundingan terus dan bukan tender terbuka.

Badrul mencabar Azmin mengklasifikasikan semula dokumen itu sebagai dokumen awam bagi membolehkan isi kandungannya didedah.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR hari ini bagaimanapun berkata, beliau tidak akan melayan permintaan tersebut.

Mat Nazari seterusnya menambah jika Azmin berterusan mengambil sikap sedemikian rupa akan memberi gambaran bahawa beliau bukanlah seorang pentadbir yang cekap.

“Bukan susah pun nak jelaskan… berilah kepada mereka-mereka yang bertanggungjawab untuk memberi penjelasan. Tak susah pun. Siapa pun yang ke depan tidak akan menjadi pertikaian kerana masyarakat ingin tahu apa yang berlaku dan benarkah sepertimana yang didakwa. Itu sahaja,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment