Tuesday, January 05, 2016
Serang Penjanjian Jual Beli Saham Cubaan Akhir Pembangkang Gagalkan Rasionalisasi 1MDB
KUALA LUMPUR : Pihak 1MDB di dalam satu kenyataan medianya
hari ini menyifatkan serangan terhadap penilaian jualan tanah antara
syarikat tersebut dengan Konsortium IWH-CREC merupakan percubaan
terakhir oleh pihak pembangkang bagi menjejaskan kelancaran proses
rasionalisasi syarikat yang sedang diusahakan.
Menurut 1MDB, penilaian yang terkandung dalam pengumuman yang dibuat
oleh CREC pada HKEx bukanlah merujuk kepada penilaian jualan tanah,
tetapi kepada anggaran saham mereka dalam nilai ekuiti bersih projek
bandar Malaysia, berdasarkan andaian-andaian tertentu, yang tertakluk
kepada perbincangan lanjut ketika tempoh penyelesaian (Completion
period) di antara Januari dan Jun 2016.
“Titik permulaan sebarang perkiraan nilai ekuiti bersih ialah
penilaian jualan tanah iaitu RM12.35 bilion, di mana 60% pegangan
Konsortium tersebut bersamaan dengan RM7.41 bilion. Inilah asas di mana
perkiraan deposit 10% bernilai RM741 juta dibuat dan dipersetujui oleh
kesemua pihak.
“Ketika
tempoh penyelesaian (Completion period), pelarasan mungkin akan dibuat
ke atas penilaian jualan tanah RM7.41 bilion tersebut, bergantung kepada
sama ada liabiliti-liabiliti tertentu berkenaan Bandar Malaysia boleh
dipindahkan kepada Konsortium tersebut, sebagai contoh, baki kos kontrak
untuk proses penempatan semula kemudahan sedia ada serta hutang sukuk
Bandar Malaysia,” jelas syarikat tersebut.
Syarikat tersebut juga di dalam kenyataan itu berkata, perjanjian
yang ditandatangani di antara pihak-pihak yang terbabit pada 31 Disember
2015 mempunyai mekanisme teguh dan objektif untuk menentukan,
antaranya, hal-hal seperti ini, yang telah mendapat komitmen semua
pihak.
Kenyataan itu juga berkata bahawa 1MDB juga kini menumpukan usaha
untuk mengambil langkah-langkah yang perlu dan untuk memperolehi
kebenaran-kebenaran yang berkenaan bagi melaksanakan perjanjian yang sah
dari segi undang-undang (legally binding agreements) yang
ditandatangani pada 2015 untuk penjualan Edra, penukaran hutang untuk
aset dengan IPIC dan penjualan 60% ekuiti dalam projek Bandar Malaysia.
“Kami berhasrat untuk memberi makluman terkini berkenaan perkara-perkara ini dari semasa ke semasa,” ujar mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment