Tuesday, January 05, 2016
Terengganu Rancang Bina 5,000 Unit Lagi Rumah Awam Kos Rendah
BESUT : Kerajaan Terengganu akan membina 5,000 unit lagi Rumah
Awam Kos Rendah (RAKR) dalam tempoh sebelum pilihan raya umum ke-14.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata
pembinaannya akan bermula selepas selesai pengagihan sebanyak 6,577 unit
rumah RAKR yang dibina sebelum ini.
Beliau berkata bagi mengelak kerosakan ke atas rumah yang telah siap
dibina, beliau telah mengarahkan Bahagian Perumahan dan Perbadanan
Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menyelesaikan segera agihan
rumah tersebut, selewat-lewatnya Mac ini.
Ahmad Razif berkata biasanya kerosakan berlaku ke atas rumah yang tidak berpenghuni dan vandalisme.
Beliau bercakap kepada pemberita ketika melawat projek perumahan PMINT di Kampung Padang Luas di sini hari ini.
Katanya, kini terdapat 6,577 unit RAKR yang telah siap di seluruh
negeri ini dan 5,841 unit daripadanya telah ditawarkan kepada orang
ramai.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment