Tuesday, January 05, 2016
Kementerian Pengangkutan Singapura Sangkal Dakwaan The Edge... Hanya Akhbar Puak PR Saja Percaya
Tak boleh percaya... itu kesimpulan mudah terhadap akhbar yang kononnya
'berkredibiliti' The Edge Financial Daily terhadap laporan-laporan yang
disiarkannya.
Sebelum ini akhbar tersebut penuh dengan berita sensasi entah dari mana
sumbernya berkaitan 1MDB. Jenuh berbagai agensi kerajaan Malaysia nafi.
Kali ini bukan saja berkaitan laporan kononnya jajaran laluan rantaian
kereta api berkelajuan tinggi (HSR) sepanjang lebih 300 kilometer antara
Singapura dan Kuala Lumpur sudah selesai dibincangkan dinafikan
Kementerian Pengangkutan (MoT) Singapura.
Menurut kementerian itu jajaran itu akan hanya dimuktamadkan selepas kajian terperinci ke atas aspek kejuruteraan, selesai.
"Selepas proses Permohonan Maklumat (RFI) selesai pada Disember 2015,
kedua-dua negara kini mengkaji maklum balas secara terperinci dan akan
menggunakannya bagi menambah baik model komersial dan operasi projek itu
selain pendekatan pemerolehan," kata MoT.
Kementerian itu berkata kedua-dua negara sedang mengkaji kemungkinan
melaksanakan dua perkhidmatan berbeza dalam rangkaian HSR merentas
sempadan antara Singapura dan Kuala Lumpur itu.
MoT berkata Singapura dan Malaysia masih dalam proses perbincangan ke
atas model komersial dan operasi projek itu yang berkemungkinan meliputi
perkhidmatan ekspres tanpa henti antara Kuala Lumpur dan Singapura dan
perkhidmatan transit yang singgah di beberapa stesen.
"Singapura mencadangankan perkhidmatan transit, yang akan singgah di
beberapa stesen di Malaysia, sekali gus memberi kemudahan terutama
kepada pengguna di Malaysia, diurus secara berasingan daripada
perkhidmatan ekspres tanpa henti," kata jurucakap kementerian itu
dipetik sebagai ber-kata.
"Ini akan memberikan autonomi perkhidmatan transit kepada Malaysia untuk
memenuhi keperluan domestiknya, manakala kedua-dua negara bekerja
bersama-sama ke atas perkhidmatan HSR merentas sempadan," katanya.
The Edge Financial Daily pada Isnin melaporkan bahawa kedua-dua kerajaan
Malaysia dan Singapura sudah mencapai kata sepakat ke atas jajaran HSR
itu.
Akhbar itu melaporkan bahawa kedua-dua kerajaan sudah memutuskan dua perkhidmatan terbabit.
"Kami merancang memulakan dua perkhidmatan - perkhidmatan terus ke
Singapura, dan satu lagi, perkhidmatan transit akan berhenti di Bandar
Malaysia, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Nusajaya, dan
(menyeberangi tambak) ke Singapura ... walaupun ada perkhidmatan
transit, kita akan ada perkhidmatan ekspres tanpa henti," kata Ketua
Pegawai Eksekutif MyHSR Corp Sdn Bhd Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal
dipetik sebagai berkata.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment