Tuesday, January 05, 2016
Cubaan Nak Kelirukan Mengenai Penjualan Bandar Malaysia oleh 1MDB…
Serangan ini dilihat sebagai percubaan terakhir oleh pihak pembangkang bagi menjejaskan proses rasionalisasi syarikat.
Itu kata 1MDB mengenai ‘ hu ha’ terbaru yang dicetuskan oleh pembangkang
khususnya Tony Pua mengenai penjualan 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia
kepada consortium IWH-CERC pada 31 Disember lalu.
Gambaran yang cuba diberi ialah harga RM7.41 billion yang diumumkan
semasa perjanjian itu ‘ ketara berbeza’ dengan harga RM5.28 billion yang
diumumkan oleh CERC kepada Bursa Hong Kong.Tony Pua desak 1MDB bagi
penjelasan mengenai perbezaan harga itu.
Dalam satu kenyataan Selasa,IMDB menjelaskan tidak timbul isu perbezaan
harga seperti didakwa.Katanya harga jualan 60 peratus ekuiti berkenaan
tetap RM7.41 billion.
Menurutnya penilaian yang terkandung dalam pengumuman yang dibuat oleh
CREC pada Bursa Hong Kong bukanlah merujuk kepada penilaian jualan
tanah.
“Tetapi kepada anggaran saham mereka dalam nilai ekuiti bersih projek
bandar Malaysia, berdasarkan andaian-andaian tertentu, yang tertakluk
kepada perbincangan lanjut ketika tempoh penyelesaian (Completion
period) di antara Januari dan Jun 2016.,”katanya.
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH 1MDB:
Penjelasan tentang Bandar Malaysia
1MDB mengambil maklum bahawa terdapat sesetengah pihak yang menyerang
penilaian jualan tanah bernilai RM7.41 bilion yang terkandung di dalam
pengumuman Perjanjian Jual Beli Saham yang berjaya dilaksanakan
baru-baru ini dengan Konsortium IWH-CREC bagi jualan 60% ekuiti dalam
projek Bandar Malaysia oleh 1MDB. Serangan ini dilihat sebagai percubaan
terakhir oleh pihak pembangkang bagi menjejaskan proses rasionalisasi
syarikat.
Penilaian yang terkandung dalam pengumuman yang dibuat oleh CREC pada
HKEx bukanlah merujuk kepada penilaian jualan tanah, tetapi kepada
anggaran saham mereka dalam nilai ekuiti bersih projek bandar Malaysia,
berdasarkan andaian-andaian tertentu, yang tertakluk kepada perbincangan
lanjut ketika tempoh penyelesaian (Completion period) di antara Januari
dan Jun 2016. Titik permulaan sebarang perkiraan nilai ekuiti bersih
ialah penilaian jualan tanah iaitu RM12.35 bilion, di mana 60% pegangan
Konsortium tersebut bersamaan dengan RM7.41 bilion. Inilah asas di mana
perkiraan deposit 10% bernilai RM741 juta dibuat dan dipersetujui oleh
kesemua pihak.
Ketika tempoh penyelesaian (Completion period), pelarasan mungkin akan
dibuat ke atas penilaian jualan tanah RM7.41 bilion tersebut, bergantung
kepada sama ada liabiliti-liabiliti tertentu berkenaan Bandar Malaysia
boleh dipindahkan kepada Konsortium tersebut, sebagai contoh, baki kos
kontrak untuk proses penempatan semula kemudahan sedia ada serta hutang
sukuk Bandar Malaysia. Perjanjian yang ditandatangani di antara
pihak-pihak yang terbabit pada 31 Disember 2015 mempunyai mekanisme
teguh dan objektif untuk menentukan, antaranya, hal-hal seperti ini,
yang telah mendapat komitmen semua pihak.
1MDB kini menumpukan usaha untuk mengambil langkah-langkah yang perlu
dan untuk memperolehi kebenaran-kebenaran yang berkenaan bagi
melaksanakan perjanjian yang sah dari segi undang-undang (legally
binding agreements) yang ditandatangani pada 2015 untuk penjualan Edra,
penukaran hutang untuk aset dengan IPIC dan penjualan 60% ekuiti dalam
projek Bandar Malaysia. Kami berhasrat untuk memberi makluman terkini
berkenaan perkara-perkara ini dari semasa ke semasa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment