Tuesday, January 05, 2016
Kit Siang Makin Terdesak Sehingga Sanggup Nak Bergabung Dengan Umno
Nampaknya DAP semakin takut dengan usaha kerjasama Pas dan Umno, apabila
terdesak menyatakan hasrat untuk berkerjasama dengan Umno atas alasan
mahu menyelamatkan negara.
Menjadi persoalan, benarkah DAP mampu menyelamatkan negara jika
bekerjasama dengan Umno?? Sejauh mana kebenaran DAP itu, sedangkan parti
cina cauvanist itu tidak pernah sehaluan dengan pemimpin parti
Melayu/Islam di negara ini??
Lagipun, apa yang mahu diselamatkan DAP jika bekerjasama dengan Umno??
Adakah benar DAP mahu menyelamatkan negara atau, sebenarnya mereka mahu
menyelamatkan parti itu dari tidak dipandang oleh pengundi Melayu di
negara ini??
Buang masa saja jika Umno bekerjasama dengan DAP, kononnya mahu
menyelamatkan negara... Dari Umno berkerjasama dengan DAP lebih baik
Umno bekerjasama dengan Pas, kerana kerjasama itu dapat mengukuhkan
pentadbiran negara berlandaskan syariat Islam, sekaligus dapat
menyelamatkan negara.
Selain itu, kerjasama antara DAP dan Umno hanya disokong oleh pemimpin
dan akar umbi DAP. Yang sememangnya takut dengan kerjasama antara Umno
dan Pas kerana melalui kerjasama ini umat melayu di negara ini dapat
bersatu, berbanding sokongan pemimpin dan akar umbi Umno yang tidak sama
sekali bersetuju dengan kerjasama itu.
Tak percaya?? Tengok sajalah pemimpin Umno yang mengulas mengenai
kerjasama parti ini.... Mereka lebih cenderung untuk Umno bekerjasama
dengan Pas berbanding parti cina cauvanist itu.
Pemimpin Umno juga tahu muslihat dan musibat yang mahu diambil oleh
pemimpin DAP jika Umno bekerjasama dengan mereka. Oleh itu, mereka lebih
gemar Umno bekerjasama dengan Pas daripada bekerjasama dengan DAP.
Berbalik kepada hasrat DAP ini, menjadi tanda tanya mengapa hasrat yang
disampaikan oleh Veteran DAP Lim Kit Siang ini tidak pula menjadi isu
panas.. Sebaliknya, hasrat ini seolah-olah tidak pernah dibuat oleh
pemimpin parti cina cauvanist itu.
Cuba hasrat ini disampaikan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi
Awang... 7 hari 7 malam media dan blogger pembangkang memainkan isu
ini.... Siap kena maki lagi presiden Pas oleh macai-macai PAN dan DAP.
Oleh demikian, apa yang boleh diperkatakan sekarang. Kit Siang kini amat
terdesak untuk mendapat undi umat Melayu apabila menyatakan hasrat
untuk bekerjasama dengan Umno, berbanding Pas yang ditawarkan kerjasama
itu.
Ini juga menunjukkan Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan parti
acuan DAP tidak boleh diharap untuk meraih undi umat Melayu.. Memang lah
PAN tak boleh diharap kalau dah pemimpin parti itu gilakan kuasa
saja... Hahaha.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment