Tuesday, January 05, 2016

MOU Pakatan Harapan Sekadar Episod Ulangan Kegagalan Pakatan Rakyat Lepas

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Syed Ali Alhabshee usaha Pakatan Harapan yang akan memeteraikan perjanjian bersama membabitkan PKR, Dap dan Parti Amanah Negara (AMANAH), Sabtu ini sekadar episod ulangan daripada Pakatan Rakyat lalu yang akhirnya akan berkecai.

Sambil menyifatkan tindakan tersebut tidak akan memberi  sebarang impak kepada kekuatan UMNO, beliau yakin kerjasama baru pembangkang itu tetap akan didominasi Dap untuk memecahbelahkan penyatuan politik orang Melayu .

“Tidak ada apa, Pakatan Harapan seperti juga Pakatan Rakyat (sebelum ini) yang akhirnya berkecai kerana ideologi politik parti-parti gabungan tersebut tidak menjuruskan kepada kepentingan rakyat.
SyedAliAlHabshi 
“Yang jadi perkakas dan keldai politik daripada kerjasama itu ialah PKR dan AMANAH, yang akhirnya memberi keuntungan kepada Dap,” katanya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan menyifatkan keputusan Majlis Syura Ulamak Pas untuk tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan UMNO sebagai keputusan terburu-buru dan merugikan usaha penyatuan umat di negara ini.

“Hari ini, sudah jelas kepada umat Melayu di negara ini bahawa Pas yang enggan bekerjasama dengan UMNO, mereka terlalu orputunis dan hanya mementingkan agenda politik,” tegasnya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras menjelaskan, adalah amat mendukacitakan kerana Pas mengambil sikap menolak salam perpaduan yang dirintis oleh UMNO menerusi kenyataan terbuka Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib selaku Presiden UMNO membuat kenyataan terbuka untuk bekerjasama dengan Pas demi kepentingan umat Islam semasa menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Kata Syed Ali lagi, keputusan Majlis Syura Ulamak Pas mengambil tindakan menolak salam perpaduan yang dihulurkan oleh UMNO dilihat sebagai tindakan terburu-buru dan merugikan kearah penyatuan umat.

“UMNO realistik dan ikhlas untuk melihat orang Melayu dan umat Islam bersatu menerusi bentuk kerjasama itu, tetepi malangnya Pas bertindak sebaliknya,” tegasnya.

Beliau berkata, keputusan Majlis Syura Ulamak Pas itu tidak mencerminkan prinsip asas parti itu yang kononnya berjuang atas landasan Islam.

Bagaimanapun Syed Ali berharap kepimpinan Pas akan menimbang semula keputusan tersebut kerana UMNO sememangnya ikhlas untuk menjalin kerjasama dengan parti itu demi kepentingan dan masa depan orang Melayu khususnya umat Islam di negara ini.

Katanya, Majlis Syura Ulamak Pas sepatutnya terlebih dahulu mengadakan pertemuan atau perbincangan tidak rasmi dengna UMNO sebelum membuat sebarang keputusan yang dilihat tidak menguntungkan kepada perkembangan politik orang Melayu.

Beliau mengulas kenyataan keras Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan Majlis Syura Ulamak Pas sudah membuat keputusan untuk tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan UMNO.

“Dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Pas baru-baru ini telah dibuat keputusan untuk kekal dengan keputusan lama iaitu tidak menyertai Barisan Nasional (BN) atau bersama UMNO,” kata Tuan Man, seperti dilaporkan media semalam.

Menurut Syed Ali lagi, UMNO bagaimanapun menghormati keputusan yang telah diputuskan oleh Pas sambil menegaskan UMNO juga bukan sebuah parti picisan yang perlu merayu untuk menjalin kerjasama dengan parti berkenaan.

“Kita hormati keputusan Pas, tetapi perlu ditegaskan bahawa UMNO merupakan parti terbesar mewakili orang Melayu dan kita (UMNO) masih berkeupayaan untuk membentuk kerajaan yang dinamik menerusi gagasan BN,” tegasnya.

Perkembangan terbaru itu tambah Syed Ali, jelas membuktikan bahawa Pas sememangnya tidak pernah ikhlas untuk menzahirkan perpaduan dikalangan umat Islam dan orang Melayu berasaskan kepada semangat politik.

“Jelas mereka tidak mempunyai iltizam untuk berusaha membawa penyatuan umat berasaskan kepentingan masa depan orang Melayu,” tegasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment