Monday, January 25, 2016
Mukhriz Bawa Suraya dan Aminuddin Menghadap Tunku Temenggung Kedah?
Menteri Besar Kedah yang bakal tersingkir, Datuk
Paduka Mukhriz Mahathir, dilaporkan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku
Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku
Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebentar tadi bagi menyembah
maklumat terkini mengenai krisis politik negeri Kedah.
Mukhriz dilaporkan menghadap Tunku Temenggong bersama dua EXCO
Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob (Pembangunan Wanita,
Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Masyarakat),
dan Datuk Aminuddin Omar (EXCO Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan,
Pembangunan Insan).
Selain menyembahkan keadaan terkini politik negeri Kedah, Mukhriz
juga memohon agar jawatan Menteri Besar yang disandang beliau dikekalkan
kerana tiada sokongan sebulat suara dari ADUN-ADUN BN Kedah untuk
menyingkirkannya.
Kehadiran Suraya dan Aminuddin dikatakan sebagai saksi bahawa
cadangan penukaran Menteri Besar Kedah tidak mendapat sokongan sebulat
suara Adun-Adun BN Kedah seperti yang dilaporkan di beberapa portal media.
Bagaimanapun sumber kami mengesahkan bahawa semua ADUN BN Kedah
termasuk Aminuddin dan Suraya telah menandatangani surat akuan bersumpah
bersetuju pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu mengikut budi
bicara Pengerusi Barisan Nasional.
Adun terakhir yang menandatangan akuan bersumpah pagi tadi ialah Datuk Abu Hassan Shariff (DUN Kota Seputeh).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment