Monday, January 25, 2016
MB Kedah : Tinggal 2 Ahmad, Timbalan Menteri dan Bekas PTD Dalam Senarai Akhir
Tiga nama dalam senarai terakhir calon Menteri
Besar Kedah yang baharu untuk dipersembahkan kepada Tuanku Yang Di
Pertuan Agong ialah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (ADUN Bakar
Bata), Datuk Ahmad Lebai Sudin (Bukit lada) dan Ku Rahman Ku Ismail
(Guar Cempedak).
Sungguhpun terdapat usaha terakhir kem Mukhriz yang berjumpa Tunku Temenggung Kedah petang tadi, ia
dilihat tidak lagi mengubah apa-apa kerana 20 ADUN BN telah memberi
persetujuan kepada Pengerusi BN untuk melakukan perubahan dalam pucuk
pimpinan negeri Kedah.
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka menemui Yang Di Pertuan
Agong, yang merupakan Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim pada Selasa atau
Rabu ini bagi mempersembahkan ketiga-tiga nama ini dengan Ahmad Bashah,
Timbalan Menteri KPDNKK, sebagai pilihan pertama.
Mohd Najib dijangka memohon perkenan Ahmad Bashah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.
Menurut sumber, nama Ahmad Zaini Jaafar (Bukit Kayu Hitam) tidak lagi
berada dalam senarai akhir untuk dipersembahkan kepada Tuanku walaupun
sebelum ini antara yang disebut-sebut sebagai sebahagian calon yang dipertimbangkan.
Bagaimanapun terdapat khabar angin yang bertiup kencang bahawa nama
Ahmad Lebai Sudin mungkin menjadi pilihan berikutan hubungan baik beliau
dengan Kedah Civil Service (KCS) dan Istana.
Ahmad Lebai Sudin, graduan Universiti Malaya dan juga bekas Pegawai
Tadbir dan Diplomatik (PTD), merupakan ADUN pertama yang memecahkan
kemelut politik Kedah pada April tahun lalu apabila mendesak Mukhriz
melepaskan jawatan sekiranya tidak menyokong Presiden UMNO dan tidak
mampu melakukan perubahan ke atas negeri Kedah.
Ketika itu, Ahmad Lebai Sudin dilihat secara berseorangan mendesak
Mukhriz melakukan perubahan pentadbiran dan politik negeri selain
menunaikan janji-janji manifesto pilihan raya yang lalu.
Hanya lebih lapan bulan selepas kontroversi tersebut 14 Ketua UMNO
Bahagian tampil menyatakan keperluan melakukan perubahan dalam pimpinan
kerajaan negeri dan UMNO negeri.
Terdapat beberapa pihak cuba mempertikaikan cadangan pelantikan Ahmad
Bashah kerana tidak berpendidikan sehingga ke peringkat universiti
berbanding calon-calon MB yang lain.
Namun Presiden UMNO dikatakan mengambil kira kekananan (seniority)
dan sumbangan Ahmad Bashah dalam pilihan raya lalu sebagai faktor utama
pencalonan nama beliau.
Nama Ku Rahman turut dicalonkan memandangkan beliau merupakan seorang
Exco kanan dan berkelulusan PhD dan sebagai memenuhi kehendak Istana
agar dihantar tiga nama.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment