Monday, January 25, 2016
Mukhriz Tolak Jawatan Kabinet, Punca Damai Tidak Jadi
Seorang tokoh veteran UMNO hari ini mendedahkan
bahawa tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menolak
tawaran jawatan Kabinet dalam rombakan lalu, telah memberi kesan kepada
UMNO serta hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tokoh tersebut, Tan Sri Rahim Tamby Chik memberitahu, perkara itu
berlaku ketika beliau menjadi ‘pendamai’ di antara Najib dengan bekas
Perdana Menteri itu.
Katanya, salah satu inisiatif ‘pendamaian’ yang dibuat oleh beliau
dan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Salleh ketika itu ialah
menawarkan Mukhriz satu jawatan Kabinet pada rombakan yang dilakukan
tahun lalu.
“Apabila Tun Mahathir tanya kenapa perlu diubah kedudukan anaknya itu
daripada jawatan Menteri Besar, saya menjelaskan bahawa Najib yakin
bahawa kedudukan Mukhriz terancam kerana banyak pemimpin UMNO Kedah yang
menolak beliau.
“Tun minta saya jumpa Mukhriz untuk menyampaikan tawaran tersebut dan
beliau akan mengikut sahaja apa yang bakal diputuskan. Tetapi
malangnya, Mukhriz menolak tawaran Perdana Menteri itu,” katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
Pada 20 Januari lalu, seluruh kepemimpinan UMNO Kedah dan wakil
rakyat negeri itu menyuarakan pendirian hilang kepercayaan terhadap
Mukhriz sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Menteri
Besar.
Mengulas lanjut, Rahim yang juga merupakan Pengerusi Gagasan Badan
Ekonomi Melayu (Gabem) menjelaskan bahawa sehingga kini beliau kesal
dengan keputusan Mukhriz itu yang telah menggagalkan inisiatif
pendamaian Najib dan Dr. Mahathir.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment