Monday, January 25, 2016
Singkir Mukhriz: Rahim Sahkan Najib Orang Baik
Kata bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri
Rahim Tamby Chik, ada usaha untuk membawa Mukhriz Mahathir ke
persekutuan seawal Julai tahun lepas bagi menyelamatkan karier
politiknya berikutan kepimpinan yang ditolak di Kedah – cakap Rahim jadi
penting sebab dia ni bukan pro Najib sangat pun.
Dia dan seorang lagi pemimpin UMNO
Kelantan, diminta Perdana Menteri untuk memberitahu Tun Mahathir
mengenai perkara ini dan Mahathir menyerahkan kepada Mukhriz untuk buat
keputusan – yang mana akhirnya, Mukhriz menolak, dia nak juga kekal di
Kedah, membawalah kepada krisis sekarang.
Tapi isunya disitu ialah, cakap Rahim
ini bukti bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak ialah orang yang baik,
beliau bukan ketua komplot untuk menjatuhkan Mukhriz (tak perlu pun jadi
begitu sebab beliau Perdana Menteri) dan hari ini Rahim mengesahkannya.
Yelah, soal Rahim ada kes ke takde kes,
apa kaitan dengan isunya sekarang? Isunya, di permulaan krisis di Kedah
ini pun kita dah sebut, Najib tak terlibat, ia adalah UMNO Kedah
sendiri yang taknak kan Mukhriz, bukan Najib.
Tapi yang dikecohkan di media sosial
sekarang, Najib yang nak buang Mukhriz dan dengan itu beliau dikutuk
sehebat-hebatnya. Alkisah yang ramai tak tahu, Najib nak selamatkan
Mukhriz lagi dengan cuba membawanya ke persekutuan bila dapat tahu orang
Kedah dah taknak kan dia.
Sekarang tak hairanlah kenapa Mahathir
tidak menghentam Najib dalam isu ini. Mahathir mesti tak lepas peluang
hentam Najib kalau dia tahu betul Najib dibelakang gerakan untuk
jatuhkan anak dia.
Rupanya seawal Julai Mahathir sudah tahu
Najib sedang cuba selamatkan karier politik anaknya. Maka itu Mahathir
hentam UMNO Kedah yang dikatakan punca Kedah kalah 2008 (bukan Najib)
dan hanya anaknya satu orang saja buat kerja sehingga Kedah dapat balik
2013 – siapa bodoh nak percaya ini, teruskanlah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment