Tuesday, January 05, 2016
Nanti Saya Umumkan Kerusi AMANAH, Kata Azmin Ali
KAJANG : “Saya akan umumkan...,” itu jawapan ringkas Menteri Besar
Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ketika ditanya pemberita sama
ada Parti Amanah Negara (Amanah), akan diberi ruang dalam pembahagian
pelantikan kerusi ahli majlis, di peringkat pihak berkuasa tempatan
(PBT).
Azmin sebelum itu berkata, adalah adil pihaknya memberi ruang kepada
Amanah untuk bersama-sama menyumbang khidmat di peringkat PBT.
Beliau berkata, perbincangan juga berjalan dengan baik dan lancar di
peringkat parti serta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum ini.
“Tak habis-habis lagi ke isu ahli majlis ni...tiada masalah yang timbul,
ketika mesyuarat baru-baru ini, cuma kita tetapkan tidak ada
penangguhan, pada 16 Januari kita akan umumkan ahli majlis baru,”
katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Bas
Smart Selangor dan Aplikasi i-Kajang, di Kompleks Hentian Kajang, Jalan
Reko, hari ini.
Ketika ditanya reaksi berhubung kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor,
Datuk Iskandar Abd Samad yang menyatakan Pas tidak mahu memberi laluan
kepada Amanah untuk kerusi ahli majlis PBT, Mohamed Azmin menjawab itu
hanya andaian pihak media.
“Tidak ada masalah, saya cukup gembira kerana proses perbincangan
sebelum ini berjalan baik dan lancar. Sudah pastinya kita mengalu-alukan
kehadiran sahabat baru kita Amanah dalam gerakan reformasi ini,”
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment