Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, berkata beliau pernah mengemukakan cadangan dalam satu dialog bersama pengundi pada Ogos tahun lalu untuk membentuk gagasan kerjasama dengan PAS untuk menghadapi UMNO dan BN.
Tuesday, January 05, 2016
AMANAH ‘Cari Pasal’ Dengan PAS, Mahu Rampas Kerusi Di Kelantan?
KOTA BHARU : Parti Amanah Negara (PAN) membayangkan akan bertanding di
peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Kelantan,
pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Bagaimanapun, PAN masih memberi masa kepada pucuk pimpinan PAS Kelantan
sama ada bersedia untuk bekerjasama atau sebaliknya untuk menghadapi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu nanti.
Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, berkata beliau pernah mengemukakan cadangan dalam satu dialog bersama pengundi pada Ogos tahun lalu untuk membentuk gagasan kerjasama dengan PAS untuk menghadapi UMNO dan BN.
Katanya, secara peribadi beliau tidak mahu melihat Kelantan akan diperintah semula oleh BN dan UMNO.
“Sebenarnya, saya sudah tidak dapat menunggu lebih lama lagi mengenai
cadangan untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi UMNO dan BN.
“Kerjasama ini tidak bermakna kita tidak bertanding. Ada tempat kita letak calon dan ada tempat kita akan bantu PAS.
“Namun, saya pun tidak boleh tunggu terlalu lama dan rasa sudah tidak
boleh tahan (sabar) kerana sehingga kini tiada sambutan balas daripada
pemimpin PAS negeri ini.
“Jadi, kalau tidak ada reaksi daripada pimpinan PAS negeri terhadap
gagasan untuk bekerjasama pada PRU-14, kita tidak ada pilihan. Tapi kita
masih menunggu dan sedia berunding untuk bekerjasama termasuk keputusan
dari Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad
Yakob,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Beliau mengulas mengenai dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS I, Datuk Mohd
Amar Nik Abdullah bahawa Wan Abdul Rahim sebelum ini berjanji PAN tidak
akan bertanding di Kelantan pada PRU-14.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar, berkata jika PAN bertanding di
Kelantan, tindakan itu seperti membantu UMNO dan BN kerana ia boleh
memecah undi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment