Monday, January 04, 2016
Pembangkang Pusing Modal Lama
Selepas kontroversi hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjaya
diselesaikan oleh Datuk Seri Najib, pihak pembangkang kini dilihat cuba
mencari modal baru untuk memburukkan imej Perdana Menteri itu dengan
'recycle' cerita-cerita lama.
Kini, pembangkang yang bekerjasama dengan Wall Street Journal (WSJ)
menggesa Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat 1MDB kerana
dikaitkan dengan filem "The Wolf of Wall Street".
Menurut pembangkang, syarikat yang menghasilkan filem itu telah
menggunakana dana 1MDB bagi menghasilkan filem terbabit, memandangkan
penerbit filem tersebut merupakan anak tiri Najib.
Beginilah sikap pembangkang... Apabila mempunyai anak mahupun saudara
dalam satu syarikat itu, mereka pasti mengaitkan pertalian darah ini
untuk kepentingan politik mereka.
Sebagai penjelasan, sememangnya penerbit filem ini merupakan anak tiri
kepada Najib. Namun demikian, bukanlah hak Najib untuk memberi dana
sesuka hati kepada anak tirinya untuk menghasilkan sesebuah filem.
Berbalik kepada isu ini, walaupun telah diperjelaskan oleh Perdana
Menteri bahawa tiada dana daripada 1MDB yang digunakan untuk membuat
filem 'box office' itu, namun pembangkang sengaja memainkan semula isu
ini untuk memburukkan imej Najib.
Walaupun bagaimanapun, niat buruk pembangkang itu bagaimanapun dimalukan
oleh FBI apabila pasukan penyiasatan itu enggan melayani permintaan
mereka dan tidak berminat untuk mengendalikan kes tersebut.
Kesian pihak pembangkang, bila tidak dapat memburukkan imej Perdana
Menteri. Mereka terpaksa mengutip isu-isu yang telah pun basi. Malah
lebih kesian lagi, permintaan mereka terhadap FBI telah ditolak
mentah-mentah oleh pasukan penyiasat antarabangsa itu. Hahaha....
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment