Monday, January 04, 2016
Penganalisis Isu Kerjasama PAS/UMNO Cuba Jadi MUNAFIK.
Amat mengejutkan apabila seorang penganalisis, yang membuat kajian
mengenai responden terhadap kerjasama PAS dan UMNO mengatakan hanya 35%
sahaja yang bersetuju jika kedua-dua parti Melayu/Islam itu bersatu.
Menurut penganalisis terbabit, hanya segelintir sahaja bersetuju
kedua-dua parti terbabit bekerjasama, manakala selebihnya lebih
bersetuju jika kedua-dua parti itu tidak berkerjasama.
Namun, apa yang menghairankan, penganalisis yang merupakan Timbalan
Pengerusi Insitut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan
Othman tidak pula menyatakan jumlah keseluruhan daripada peratusan
tersebut.
Malah, Redzuan juga tidak menyatakan yang memberi responden itu
merupakan ahli parti mana. Bukan apa, kalau responden itu merupakan ahli
parti pembangkang sudah pasti mereka tidak akan bersetuju sama sekali.
Jadi, apa yang dapat disimpulkan disini, penganalisis ini kemungkinan
besar merupakan seorang penyokong parti pembangkang, sekaligus beliau
cuba menipu mengenai responden kerjasama Umno dan Pas dengan mengatakan
peratusan kecil saja yang menyokong kerjasama itu.
Jika ditanya sendiri kepada akar umbi kedua-dua parti terbabit, boleh
dikatakan hampir 90% menyokong kedua-dua parti ini bersatu bagi
meranapkan impian parti pembangkang terutamanya parti cina cauvanist
untuk mentadbir negara.
Tak percaya??? Pergi sahaja ke kedai kopi yang sering dijadikan 'port'
lepak oleh akar umbi, dan anda boleh melakukan soal selidik secara
sendiri tanpa mengharapkan keputusan penganalisis politik yang akan
menyebelahi parti sokongan mereka.
Justeru itu, usahlah mempercayai keputusan penganalisis yang lebih
teruja ke arah pembangkang, kerana sudah pasti keputusan soal selidik
yang dijalankan itu sudah dimanupulasikan bagi mematahkan semangat
Pas/Umno untuk bersatu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment