Monday, January 04, 2016
Berani Atau Tidak, Amanah Perangi Ketirisan Dan Pembaziran Kerajaan DAP Pulau Pinang??
Alhamdulillah.. Apabila Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu
mengatakan partinya itu bersedia untuk memerangi ketirisan dan
pembaziran sesebuah kerajaan.
Namun, apa yang menjadi persoalannya disini, adakah Mohamad Sabu atau
lebih dikenali Mat Sabu bersedia memerangi perkara sedemikian keatas
kerajaan DAP Pulau Pinang yang merupakan 'abang long' dalam gabungan
Pakatan Harapan (PH)??
Jika dilihat corak pemerintahan dan beberapa projek yang dilaksanakan
kerajaan DAP Pulau Pinang, memang dapat dilihat banyak yang mempunyai
ketirisan dan pembaziran yang amat ketara. Sebagai contoh kita hanya
perlu melihat projek laluan berbasikal yang dibina oleh kerajaan negeri
baru-baru ini.
Persoalannya, adakah tidak berlaku pembaziran dan ketirisan terhadap
projek laluan berbasikal itu?? Apabila laluan berbasikal itu hanya dicat
diatas laluan pejalan kaki, malah ada setengah bahagian memasuki
sehingga ke kawasan hentian bas??
Yang keduanya, adakah projek yang dikatakan menelan belanja lebih 30
juta itu berbaloi dengan hasilnya, setelah diumumkan projek berkenaan
telah pun siap dan sedia digunakan oleh penunggang basikal??
Tentu sekali tidak berbaloi dengan jumlah yang dinyatakan, kerana projek
terbabit hanya melibatkan kos upah pekerja dan kos mengecat jalan
laluan pejalan kaki, dan jika digabungkan kos kedua-dua projek terbabit.
Kosnya hanya menelan belanja puluhan ribu sahaja.
Ini jelas menunjukkan projek terbabit merupakan satu pembaziran yang
dilakukan kerajaan negeri, dan kita juga tidak menolak kemungkinan
projek terbabit mempunyai ketirisan yang memasuki ke poket pemimpin
tertinggi kerajaan negeri itu.
Dengan pembaziran dan ketirisan projek ini, adakah Mat Sabu berani untuk
memerangi 'abang long' nya sendiri??? Jawapannya sudah tentu Mat Sabu
tidak berani kerana beliau juga telah merasa ketirisan projek
terbabit...Hahaha... Kalau tidak macam mana beliau mampu menubuhkan
partinya sendiri kan?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment