Monday, January 04, 2016

Rani Kulup Pertahankan Sultan Melaka Kerana Gilakan Pangkat

Raja 'report' Abdul Rani Kulup Abdullah, yang menerima gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka oleh 'Sultan Melaka' yang tidak diiktiraf baru-baru ini, tampil mempertahankan Sultan Melaka itu daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Malah beliau mahu 'Sultan Melaka' diiktiraf oleh Majlis Raja-Raja di negara ini.

Amboi... Mentang-mentang dah dapat gelaran Datuk dengan tindakannya yang suka membuat 'report' yang entah apa-apa, sekarang Rani Kulup nak pertahankan 'Sultan Melaka' pulak, dah tu dia nak kesultanan Melaka diiktiraf oleh Majlis Raja-Raja.

Sebelum ni, masa tak dapat gelaran 'Datuk' dari 'Sultan Melaka' takda pula Rani Kulup sibuk-sibuk nak gesa Majlis Raja-Raja iktiraf Sultan Melaka... Ni mesti kes nak gelaran Datuk yang diterima tu diiktiraf juga kan?? Hahaha.

Rasanya Rani Kulup ni semakin gilakan pangkat lah, sampai sanggup mempertahankan Sultan Melaka yang entah bila kewujudannya. Kegilaan pangkat ini juga terbukti, apabila Rani Kulup sebelum ini menyatakan kesedihan kerana perjuangan beliau yang kononnya sering mempertahankan orang Melayu tidak dipandang oleh mana-mana Sultan di negara ini.

Menjadi persoalan pula disini, adakah perjuangan yang ditampilkan Rani Kulup selama ini hanya mengejar pangkat?? Jika benar Rani Kulup melakukan kerja mempertahankan orang Melayu secara ikhlas, sudah pasti beliau tidak mengharapkan gelaran dari mana-mana Sultan di negara ini.

Tetapi apabila beliau menyatakan kesedihannya itu, kita sendiri dapat melihat Rani Kulup tidak ikhlas melakukan perjuangannya. Yang kononnya membela nasib orang Melayu di negara ini.

Rasanya, lebih baik Rani Kulup berehat menikmati hari-hari pencennya bersama isteri dan anak-anak, kerana orang ramai sudah tahu niat sebenar perjuangan yang ditampilkan selama ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment