Tuesday, January 05, 2016
Benarkah Majoriti Rakyat Hidup Sengsara Di Zaman Najib?
EDITOR MENULIS...
5 JANUARI 2016
Sebelum ini, saya menyaksikan ramai pihak terutama di laman-laman
sosial mengeluh dan merungut tentang kenaikan kos sara hidup. Kata
mereka, kos sara hidup meningkat namun gaji mereka tidak pula meningkat
sama...
Kata mereka, kerajaan yang kini diterajui Perdana Menteri, Dato' Seri
Najib Tun Razak adalah 'zalim'. Kata mereka, zaman Najib ini dipenuhi
dengan korupsi. Kata mereka, zaman ini serba-serbi menyusahkan mereka...
Ya. Saya akui memang kos sara hidup meningkat sejak kebelakangan ini.
Bila harga petrol meningkat 10 sen - 20 sen, maka ia akan memberikan
kesan berantai di mana harga barang-barang lain akan turut meningkat.
Saya tidak nafikan perkara tersebut.
Tapi yang saya menyampah ialah keluhan-keluhan 'poyo' di laman-laman
dan aplikasi sosial. Poyonya bagai tidak makan sebulan! Kadang-kadang
rasa macam nak maki, tapi tak sampai hati...
Benarkah gaji tidak naik? Penjawat awam tidak naik gaji? Jadi,
pengumuman yang diumumkan Najib dalam Bajet 2016 tentang kenaikan satu
tangga gaji itu apa? Yang kenaikan setiap tahun itu apa? Apakah itu
bukan kenaikan gaji?
Bagi yang bekerja swasta, mungkin gaji mereka tidak naik jika syarikat
tempat mereka bekerja itu rugi. Tapi kalau untung, bukan setakat naik
gaji tahunan, boleh dapat bonus sampai 12 bulan. Tapi yang asyik
diulang, 'gaji kami tak naik'. Menyampah betul, kan?
Pada pandangan saya, keluhan mereka-mereka itu tidak masuk akal dan
mengada-ngada. Susah bagaimanakah hidup mereka jika mereka masih lagi
punya data internet untuk berlaman sosial? Susah apa ke jadahnya jika
mereka masih memiliki gajet dan telefon pintar untuk ber'whatsapp'?
Lebih menyampah lagi bila mereka yang mengeluh itu sebenarnya memiliki
dua buah rumah, dua buah kereta, semua anak dibekalkan dengan telefon
pintar, setiap kali cuti sekolah mereka bercuti dan bermalam di hotel.
Katanya kos sara hidup naik dan hidup mereka sengsara, tapi mereka masih
mampu buat semua perkara tersebut? Susah apa ke jadahnya begitu? Bila
kita menyampah dan melabel mereka sebagai 'poyo', tahu pula mereka
tersinggung marah, kan?
Saya dulu memang susah pun, tapi tidak pernah mengeluh. Masuk
universiti pun masih pakai telefon awam. Teringin nak makan burger pun,
tapi tak mampu beli. Duit cukup-cukup untuk 'photostate' nota dan beli
buku. Selalu ikat perut dan makan sekadar mampu saja.
Tapi cuba tengok budak-budak universiti sekarang. Bukan setakat telefon
pintar, hampir semua ada laptop sendiri. Internet satu kewajipan bagi
mereka. Kononnya 'up todate'. Itu belum lagi disebut tentang kenderaan,
makan di McDonalds, 'dating' seminggu sekali dan lain-lain lagi yang
bukan keperluan mahasiswa.
Lebih menjengkelkan, 'pointer' mereka hanya cukup-cukup makan. 'Dean
List' jauh sekali. Gayanya sudah macam orang bekerja. Ibu bapa pula
pantang anak minta duit, RM100 diminta, RM500 mereka berikan. Itu gaya
hidup orang 'susah'?
Susah bagaimana zaman sekarang jika kereta penuh di jalanraya sampai
sesak? Susah apa jika berpuluh ribu kenderaan berjaya dijual setiap
tahun? Susah jenis apa jika pusat membeli belah sentiasa dikerumun?
Susah apa jika hotel penuh ditempah setiap kali musim cuti sekolah?
Orang susah tidak mampu bertelefon bimbit. Jika ada pun, sebuah telefon
bimbit biasa dikongsi sekeluarga. Jika susah, mereka hanya berbasikal ke
tempat kerja. Jika susah, mereka tidak makan di luar. Jika benar-benar
susah, mereka tidak pernah mengeluh di Facebook atau Whatapps dan hanya
mengadu kepada Allah kerana Dialah pemberi rezeki!
Tapi itulah yang berlaku di saat ini. Pada pandangan saya,
mereka-mereka itu tidak susah sebenarnya, namun lebih kepada 'poyo'
berpura-pura susah. Mereka mungkin tidak percaya pada Allah sebagai
punca pemberi rezeki, hendak bersyukur apatah lagi. Yang terbit hanyalah
keluhan poyo tanda hati mereka 'sakit' tidak terperi...
Hendak salahkan diri jauh sekali. Paling mudah, kepada Najiblah mereka tuding jari, kan?
Saya tidak nafikan tentang masih ada lagi mereka yang benar-benar
miskin, memerlukan dan hidup tidak sesempurna yang lain. Memang itu asam
garam takdir Allah, ada yang murah rezeki dan ada yang tidak. Namun
saya yakin bahawa nasib mereka akan sentiasa terbela dengan pelbagai
bantuan dari ramai pihak.
Sebagai contoh, bila tersebar saja cerita mereka yang susah di Facebook,
maka berduyun-duyunlah datang menghulurkan bantuan. Belum sempat agensi
kerajaan datang, rumah mereka sudah penuh dengan barang bantuan, akaun
pun terisi lebih 4 angka, kan?
Pada pandangan saya, yang susah itu hanyalah mereka yang penuh dengan
kehendak dan tewas berperang dengan nafsu sendiri. Mereka sudah miliki
lebih dari keperluan, namun mereka sentiasa mahukan 'lebih'.
Jadi, saya hendak tinggalkan 'tips' di sini. Belajarlah bersyukurlah
pada Allah sama ada ketika senang mahupun susah kerana Dia telah
berfirman bahawa rezeki mereka yang bersyukur itu akan ditambah. Namun
jika kufur dengan nikmatNya, maka Allah ingatkan tentang azab api neraka
yang amat dahsyat. Faham?
Fikir-fikirkanlah...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment