Tuesday, January 12, 2016
Rebut Kerusi PBT : Apa Yang Selesai Hanyalah Bersifat Kosmetik Atas Kertas
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam
Ibrahim percaya perbalahan merebut kerusi ahli majlis pihak berkuasa
tempatan (PBT) jauh dari mencapai penyelesaian sebaliknya isu berkenaan
akan meleret kepada isu-isu yang lain kerana hakikatnya semua parti
terbabit menyimpan perasaan tidak puas hati.
Jelasnya apa yang dianggap selesai hanyalah di atas kertas yang bersifat kosmetik.
Ini kerana tambah beliau permasalahan dalam Pakatan Harapan atau
pakatan pembangkang ini tidak akan berkesudahan kerana sejak dahulu lagi
mereka tidak pernah bersepakat kecuali untuk menjatuhkan UMNO dan
kerajan pusat.
“Saya
menjadi takut untuk membayangkan apakah yang akan terjadi sekiranya
mereka ini memegang pucuk pimpinan negara. Maka rakyat harus menilai
dengan jelas adakah parti sebegini layak untuk terus diberi mandat.
“Menteri Besar pula seakan terus bermain teka-teki kerana tidak
berani untuk menyatakan pendirian sebenar. Inilah harga yang terpaksa
dibayar oleh rakyat apabila memberikan kepercayaan kepada parti yang
jelas tidak pernah jujur,” katanya kepada pihak media.
Kini jelas beliau, rakyat ternanti-nanti siapakah yang bakal menjadi
korban dalam parti ini atau adakah perebutan ini hanya satu sandiwara
untuk memastikan Pas terus dilupuskan di bumi Selangor.
Katanya lagi rasa tidak puas hati Parti Amanah Negara (Amanah)
terhadap pembahagian kerusi PBT jelas menggambarkan bahawa parti itu
lupa bahawa mereka bukanlah sebahagian daripada pentadbiran negeri
selangor.
Jelasnya, pentadbiran kerajaan negeri itu adalah antara PKR, Pas dan
Dap dan Amanah adalah serpihan Pas ekoran rasa kecewa tidak dapat
berkuasa di dalam parti tersebut.
“Sudah bagi betis mahu peha pula… Inilah akibatnya jika berkongsi
kuasa tetapi mempunyai agenda yang berlainan. Masing-masing mempunyai
cita-cita tersendiri ibarat tidur satu bantal tetapi mimpi lain-lain.
“Bagi saya Amanah ini terlebih berangan dan seakan mahu menyingkirkan
Pas secara total di negeri Selangor. Sebab itu mereka tidak berpuas
hati dengan lapan kerusi PBT yang diberikan.
“Semua hak Pas seakan cuba dirampas Amanah. Sejak pembangkang
mentadbir negeri Selangor, hanya perebutan kuasa yang berlaku tidak
sudah-sudah. Dulu Menteri Besar digulingkan sekarang rebut jawatan
pula,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment