Tuesday, January 12, 2016
Isu Penyingkiran PAS : Sebenarnya DAP Sudah Lama Bersedia
Plot-plot cerita
tentang bagaimana PAS dilayan sejak bertahaluf siyasi dengan DAP dan PKR
sudah lama diketahui ramai. Sungguhpun cuba diselindungkan, mana
mungkin bangkai gajah mampu disorokkan dengan sehelai daun pisang.
Akhirnya, PAS memilih untuk bermufarakah dan meletakkan DAP sebagai musuh, begitu juga sebaliknya.
Mengapa DAP tidak khuatir malah menyahut permusuhan yang diumumkan oleh PAS?
Secara politiknya, kita melihat
bagaimana DAP bijak membaca perjalanan politik mereka dengan
senario-senario yang berlaku sewaktu bersama di dalam Pakatan Rakyat.
DAP tahu bahawa tahaluf siyasi hanyalah bersifat sementara dan
sandiwara, apatah lagi mereka tidak memiliki “executive power” kecuali
di Pulau Pinang. Dan, nikmat kuasa di Pulau Pinang menjadi motivasi,
bahawa DAP perlu menjadi kuasa penentu di dalam gabungan Pakatan.
DAP tahu, untuk mendapatkan sokongan padu
dari PAS, ialah menguasai PAS dari dalam, melalui pemimpin-pemimpin
yang pro kepada mereka. Usaha tersebut gagal, setelah Mat Sabu dan
rakan-rakannya kalah pada muktamar yang lalu. Hasilnya, tertubuhlah
Parti Amanah Negara, yang kita lihat sebagai satu cara “pecah dan
perintah” yang dikenakan ke atas PAS.
Strategi tersebut bukanlah satu-satunya
cara, kerana lebih awal dari itu, gerakan politik DAP bermula dari
pengkaderan anak muda Melayu untuk mewakili parti itu. Apa juga alasan
yang diberi oleh DAP tentang pengkaderan ini, PAS perlu terima hakikat
bahawa DAP tidak mahu bergantung kepada parti Melayu kedua terbesar
selepas UMNO itu dalam mendapatkan undi orang Melayu. Strategi ini juga
telah membawa DAP di Timur Tengah, yang seringkali menjadi kolam
pengkaderan PAS selama ini.
Setelah berpatah arah berkerat rotan di
Selangor, DAP dengan keyakinan mengumumkan akan bertanding 8 dari 15
kerusi PAS di Selangor.
DAP langsung tidak terkejut dengan
pengumuman yang dibuat oleh Pesuruhjaya Selangor, kerana sememangnya
mereka sudah bersedia untuk merenangi gelora politik negara tanpa PAS
disisi. DAP punya Amanah dan PKR, sementara PAS pula dilihat
terkial-kial mencari formula untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment