Tuesday, January 12, 2016
Sukuk Dan Kontrak Pembinaan Bandar Malaysia
Kenyataan Media oleh 1MDB
Pihak 1MDB merujuk kepada kenyataan tidak bertanggungjawab yang
dibuat oleh YB Rafizi Ramli yang dilihat seolah-oleh bersaing sesama
sendiri dengan YB Tony Pua dalam mengelirukan rakyat dengan
dakwaan-dakwaan yang tidak berasas mengenai urusan yang berkaitan dengan
1MDB.
Terbaru, YB Rafizi Ramli mendakwa hasil yang diperolehi dari Bandar
Malaysia Sdn Bhd Sukuk (“BMSD SUKUK”) tidak digunakan seperti yang
sepatutnya. Pihak 1MDB menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan
menegaskan bahawa hasil yang diperolehi oleh BMSD telah diagihkan
mengikut syarat-syarat Program Perjanjian Sukuk seperti yang berikut:
-Sebahagiannya digunakan untuk membiayai projek penempatan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur ( PUKL).
-Membiayai perbelanjaan Program Sukuk.
-Membiayai syarat kewangan akaun rizab; dan
-Keperluan modal kerja 1MDB Real Estate Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai TRC City Sdn Bhd).
Keduanya, YB Rafizi Ramli menyuarakan kebimbangan terhadap syarikat
luar yang mungkin akan terlibat dalam projek penempatan semula PUKL.
Beliau seakan-akan tidak menghiraukan kenyataan yang dikeluarkan oleh
1MDB pada 6 Januari 2016, yang menjelaskan bahawan ianya tidak akan
terjadi. Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM, anak syarikat 100%
milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera) adalah kontraktor ‘Turn Key’ yang
bertindak untuk menghantar keperluan pembinaan bagi Penempatan Semula
PUKL. PPHM juga telah melantik lebih 50 kontraktor Bumiputera yang layak
sebagai sub-kontraktor.
PPHM yang bertindak sebagai kontraktor ‘Turn Key’ bersama-sama lebih
50 sub-kontraktor Bumiputera yang lain akan meneruskan peranan mereka
seperti mana yang telah dipersetujui. Pihak kontraktor ini telah
diperakui oleh pihak berkuasa dan proses pembinaannya diselia oleh
pegawai dari Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.
Dengan
proses pembinaan yang diteruskan dengan menggunakan kontraktor yang
diiktiraf, maka, tiada terdapat sebarang kemungkinan buruk mengenai
impaknya kepada keselamatan negara melalui penjualan 60% kepentingannya
dalam projek Bandar Malaysia oleh 1MDB.
Dengan perjanjian perlaksanaan selama enam bulan bagi tiga tunggak
utama pelan rasionalisasi yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia, 1MDB
kini fokus untuk melaksanakan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan
seterusnya merealisasikan objektif perjanjian tersebut. Pihak 1MDB juga
akan sentiasa memberi perkembangan secara berkala sepanjang projek ini
berlangsung.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment