Tuesday, January 12, 2016
1MDB Akan Terus Beroperasi, Kata Arul Kanda
KUALA LUMPUR : 1Malaysia Development Bhd (1MDB)
akan terus beroperasi walaupun selepas pelan rasionalisasinya selesai,
berikutan ia mempunyai tanggungjawab yang perlu dipenuhi, kata
Presiden/Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda Kandasamy.
“Kemungkinan besar kami akan meneruskan 1MDB dengan tanggungjawab ini.
“Setiap tanggungjawab kini berpadanan dengan siri aliran tunai yang terikat dari segi undang-undang dengan pihak-pihak lain.
“Oleh itu, risiko tidak membayar hutang telah berkurangan dengan
ketara,” katanya dalam video selama satu minit yang dimuat naik di laman
Facebook Buletin TV3 hari ini.
Awal hari ini, menurut 1MDB dalam kenyataan, ia telah melaksanakan
perjanjian yang diberi kuasa dari segi perundangan untuk tiga tonggak
utama pelan rasionalisasinya bagi tarikh akhir enam bulan yang
ditetapkan kerajaan.
Syarikat itu berkata ia kini memberi tumpuan sepenuhnya untuk melaksanakan terma-terma perjanjian dan mencapai penyelesaian.
Pembayaran sukuk RM5 bilion yang matang pada 2039 merupakan antara
tanggungjawab yang pada masa ini dipegang 1MDB, selain penukaran
liabiliti kepada aset dengan International Petroleum Investment Company
Abu Dhabi sehingga 2022.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment