Tuesday, January 12, 2016
Beginikah Rupanya Pemimpin ‘Pelapis’ Didikan Mat Sabu?
EDITOR MENULIS...
12 JANUARI 2016
Saya tidak tahu siapa Muhammad Syafiq Azmi. Namun menerusi
pencarian di internet, dia adalah merupakan presiden sebuah NGO,
Aspirasi Rakyat Marhean. Tidak tahulah NGO itu berdaftar atau tidak, ia
tidak penting.
Namun apa yang saya jelas, dia berkemungkinan besar penyokong kuat atau ahli Parti Amanah Negara (Amanah).
Siang tadi, dia mengeluarkan kenyataan kepada media pro-pembangkang.
Dia menyelar dan menyuruh pemimpin UMNO yang merujuk kepada Datuk
Irmohizam supaya ‘jaga tepi kain sendiri’ dan tidak mengganggu urusan
‘parti lain’.
‘Parti lain’ yang dimaksudkan Syafiq itu pada saya, pemahaman
saya dirujuk Syafiq sebagai parti-parti pembangkang di dalam blok
Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR dan Amanah. Ia adalah kerana kenyataannya
adalah membalas kenyataan Irmo yang menjangkakan Pakatan Harapan tidak
akan bertahan lama.
Melihat pada kenyataan Syafiq itu, terlintas di fikiran saya
tentang ‘usah masuk campur permasalahan parti lain’. Saya hendak
bertanya, Syafiq dari parti mana? Parti PAS? Amanah? PKR? UMNO? DAP?
Atau DAP?
Sekiranya Syafiq tidak mahu orang lain keluarkan pandangan atau
kenyataan terhadap partinya, kenapa pula NGO yang dia ketuai itu campur
tangan dan bercakap tentang parti lain? Jika NGO, buatlah cara NGO, kan?
Kenapa NGO yang dipimpin Syafiq menyibuk soal permasalahan yang
berlaku di dalam PAS? Cuba jelaskan? Jika Syafiq berada di dalam Amanah
sekali pun, mengapa pula menyibuk soal dalaman PAS dan melabelkan
pemimpinnya begitu dan begini?
Berapa lama Syafiq ceburkan diri dalam dunia politik? Pernahkah anak
muda itu belajar perjalanan dan realiti sejarah politik di negara ini
atau negara luar?
Adalah menjadi sesuatu yang biasa sekiranya pemimpin parti itu
ditanya pandangannya oleh media tentang parti-parti lain. Sebagai
contoh, pemimpin Republican juga ditanya media tentang pandangannya
terhadap parti Democrate di Amerika Syarikat, dan begitu juga
sebaliknya.
Begitu juga di Malaysia, ada kalanya media bertanya pada PAS tentang
Amanah, Amanah ditanya tentang UMNO, UMNO ditanya tentang DAP, DAP
ditanya tentang PBB dan PBB pula ditanya pandangan mereka tentang PKR.
Itu satu amalan biasa dan tidak timbul tentang isu ‘jaga tepi kain
orang’, faham?
Pada pandangan saya, jika baru setahun jagung masuk ke dunia
politik tanahair, belajarlah menghormati pandangan orang lain jika mahu
pandangan kamu dihormati orang. Belajarlah seni politik tanahair dan
tidak perlulah ‘serbu tak pakai helmet’…
Jika merujuk pada kenyataan Syafiq yang kononnya rakyat ‘sengsara’
kerana kenaikan kos sara hidup, saya rasa dangkal. Cuba Syafiq
luangkan masa ke Sogo, IKEA, Pavilion dan Jalan TAR, lengangkah kawasan
itu dari orang ramai yang membeli belah? Cuba tanya mereka rakyat negara
mana. Saya yakin mereka akan mengaku warganegara Malaysia seperti
Syafiq.
Pada pandangan saya, belum ada lagi laporan yang mengatakan ada di
kalangan rakyat di negara ini yang dilaporkan mati akibat kebuluran
seperti yang dialami rakyat Afrika. Keadaan rakyat Afrika itu barulah
layak dikatakan sengsara tak cukup makan.
Jika rakyat Malaysia rata-ratanya masih mampu memakai barang emas,
ada gajet telefon pintar di tangan sambil menghembus asap rokok,
merempit siang malam, melaram pagi petang siang malam, dan menyerbu
pusat membeli belah dan pasar malam, itu bukan sengsara namanya.
Itu belum lagi disebut tentang pawagam yang diserbu akibat ‘demam’ Star Wars dan Dilwale, kan?
Saya akui berlaku kenaikan kos sara hidup. Namun ia tidaklah
sehingga ke tahap ‘sengsara’ sebagaimana yang terbit dari Syafiq. Tidak
perlu ‘lebih-lebih’ atau ditokok tambah jika ia sebenarnya tidak sampai
ke tahap itu. Nanti ramai yang hilang hormat pada Syafiq.
Selaku ‘pucuk muda’ dari parti pembangkang, saya harap Syafiq
dapat jadi seorang pemimpin pembangkang yang ‘sihat’ suatu hari nanti.
Jangan malukan diri meniru cara ‘pemimpin yang khianat pada parti
sendiri’. Dalam dunia politik ini banyak pantang larangnya, jadi
belajarlah lagi ya…..
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment