Monday, October 19, 2015

KBCC Lambang Kemajuan Masyarakat Melayu Di Ibu Kota

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan komited menjadikan Pusat Bandar Kampung Baru (KBCC) sebagai lambang kemajuan masyarakat Melayu di ibu kota.
http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2015/10/FW423724_KL28_181015_LEGASI.jpg
Menurut Perdana Menteri, KBCC adalah kawasan pusat tumpuan untuk pembangunan Kampung Baru secara menyeluruh yang bakal merangkumi projek-projek pembangunan pejabat, kediaman, hotel, kawasan rekreasi dan infrastruktur moden.
http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Business/2013/07/06/bizw_jy_P4a_0607.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Beliau memberitahu, pelan pembangunan Kampung Baru yang disusun kerajaan meletakkan matlamat untuk memastikan masyarakat Melayu tidak tercicir daripada arus pembangunan.

“Kalau kita sebut orang Melayu di Kuala Lumpur, saya tidak mahu orang Melayu sinonim dengan kawasan-kawasan yang boleh dikatakan bertaraf setinggan atau marhaen.

“Ini tidak boleh, saya hendak orang Melayu di Kampung Baru ini dilihat sebagai komuniti yang maju dan mempunyai kedudukan ekonomi dan status sosial yang dibanggakan,” katanya ketika berucap dalam majlis mesra rakyat dan pecah tanah Projek Legasi di Kampung Baru di sini hari ini.

Projek Legasi adalah projek UDA Holdings Bhd. (UDA) yang merupakan pembangunan bercampur 30 tingkat pejabat dan 41 tingkat pangsapuri di Kampung Baru.

Dalam lawatan kali keempat beliau di Kampung Baru, Najib turut menunaikan solat asar di Masjid Jamek Kampung Baru yang telah dibangunkan semula menerusi dana Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain me­nyam­paikan sumbangan kerajaan bernilai RM9.5 juta kepada penduduk yang terjejas kerana masalah tanah mendap.

Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Timbalannya, Datuk Dr. Loga Bala Mohan; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Pengerusi Perbada­nan Pembangunan Kampung Baru, Datuk Affendi Zahari.

Jelas Najib, beliau memuji pe­ranan UDA yang bukan sahaja me­laksanakan pembangunan pejabat komersial tetapi juga pembangunan perumahan mampu milik.

Katanya lagi, beliau sendiri memberi tumpuan khusus kepada pembangunan Kampung Baru de­ngan dua projek utama telah diluluskan iaitu pembinaan Pintu Gerbang KBCC di Jalan Raja Muda Musa dan laluan pejalan kaki yang akan menghubungkan KBCC dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Beliau memberitahu, pembangunan lain yang turut disusun adalah pembinaan Pusat Krafta­ngan dan Kesenian Melayu, taman-taman landskap serta hiasan lampu diod pemancar cahaya (LED) yang bukan sahaja menyerikan kawasan Kampung Baru tetapi juga menarik kehadiran pelancong.

“Ini cerminan hasrat kerajaan, Kita ada juga untuk orang lain umpamanya Jalan Petaling dan Brickfields, kita juga ingin melihat kedudukan orang Melayu sebagai komuniti yang berjaya,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut menasihatkan masyarakat Kampung Baru agar tidak tergesa-gesa untuk menjual lot tanah masing-masing ke­rana harga tanah di kawasan itu akan naik lebih tinggi menerusi konsep pembangunan yang dibawa kerajaan.

Selain itu, Najib juga menyambut baik cadangan daripada Affendi agar pusat pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dipindahkan ke kawasan KBCC untuk melonjakkan lagi pembangunan di Kampung Baru.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

1 comment: