Monday, January 25, 2016
Beri Khidmat Terbaik Di Kawasan Masing-Masing Untuk Menang PRN-11 – Adenan
KUCHING : Anggota Dewan Undangan negeri (ADUN)
daripada parti komponen utama Barisan Nasional (BN) Sarawak, Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) harus selalu turun padang untuk memberi
perkhidmatan di kawasanmasing-masing untuk menang dalam Pilihan Raya
Negeri (PRN) ke-11.
Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memberi nasihat ini apabila
mengadakan pertemuan dengan mereka semasa mesyuarat majlis tertinggi
parti yang diadakan secara tertutup di sini hari ini.
Menurut ketua setiausaha politiknya, Abdullah Saidol, Ketua Menteri
juga memberitahu mereka untuk tidak bergantung semata-mata kepada parti,
BN atau populariti Adenan untuk menang.
Ketika ditemui media selepas mesyuarat itu, beliau berkata Adenan
telah mengingatkan mereka supaya tidak memandang remeh tetapi turun
padang dan terus mengukuhkan jentera kawasan mereka.
Abdullah berkata beliau, Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr
Stephen RundiUtom dan Menteri Muda Perumahan negeri, Datuk Abdul Karim
Rahman Hamzah ditugaskan untuk menjawab dan menjelaskan apa sahaja
dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang terutama DAP
terhadap parti yang memerintah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment