Monday, January 25, 2016

Demo TPPA: PAS ‘Bersendirian’ Di Padang Merbuk

20160122223843
Demonstrasi membantah perlaksanaan TPPA yang diadakan di Padang Merbuk tempohari, membayangkan perpecahan ketara di kalangan parti-parti pembangkang bila demonstrasi haram itu nampak dikuasai lebihnya oleh puak-puak PAS sahaja.

Puak-puak dari suku lain, tak begitu ketara walaupun dikatakan ada lebih 60 NGO lain akan turut menyertai demonstrasi haram tersebut.  NGO-NGO yang cenderung pakatan pembangkang yang diketuai DAP seperti Bersih, Lynas dan lain-lain tidak begitu menyerlah, kalau ada pun, tenggelam dek baju hijau.

Agaknya sebab itu puak mata sepet kurang nampak.

Mungkin akibat semalam DAP dan PAS berbalas-balas perang mulut.  Yang PAS tuduh DAP & PKR senyap-senyap sokong TPPA (pura-pura bantah) , yang DAP hentam PAS balik sebab dedah ‘rahsia’ itu.

Demonstrasi yang diadakan pada hari sama Sogo mengadakan jualan murah itu juga, nampak menarik perhatian begitu ramai kaum wanita, tua dan muda termasuk budak-budak sekolah. Malah penulis sempat bertemu dengan sekumpulan pelajar sekolah Tahfiz berusia lingkungan 16-19 tahun yang sedang menjamu hidangan di sebuah restoran berhampiran.

Tak faham pun TPPA tu apa benda, datang hanya sebab dibawa oleh orang yang lebih tua. Apa pun yang penting disini, nak disebut bahawa bantahan ini sama macam bantahan-bantahan yang lain diadakan pembangkang – tidak akan memberi kesan.

Hakikatnya, hal-hal macam ini ditentukan kerajaan memerintah berdasarkan kekuatan dalam parlimen dan Parlimen sekarang dikuasai sepenuhnya oleh BN dengan 134 kerusi berbanding pembangkang 87.

Jadi nak duduk ramai-ramai buat apa kalau hasilnya tetap tidak ada.  Kalau kerajaan nak buat, kerajaan akan buat dan terbukti, apa yang dibuat kerajaan itu (yang dibantah sebelum ini) memang ada manfaat kepada negara dan rakyat.

Macam bantah GST hari tu, apa hasil ada?  GST tetap dilaksanakan kerajaan dan tidak ada bukti seorang rakyat yang mati kebulur atau jatuh miskin kerana perlaksanaan GST.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment