Monday, January 25, 2016
Insaflah, Semua Cerita Buruk Pasal Najib Selepas Ini Adalah Palsu
Penyokong Pakatan Pembangkang yang
diketuai DAP sekarang, tidak ada modal sebenarnya untuk memburukkan
kerajaan dan Perdana Menteri. Ya, mereka boleh cerita semua tentang
‘kesusahan’ yang di dakwa berlaku di negara ini, tapi realitinya orang
susah tidak mengadu akan kesusahan hidupnya dalam media sosial.
Nak mengadu dalam media sosial ni kena ada smatphone, kena ada data
Internet dan sebagainya, kayalah tu. Orang kalau hidupnya susah, dia
utamakan perut dia dulu dari semua itu.
Lagipun susah macam mana? Inflasi
rendah, kadar pengangguran rendah, ekonomi berkembang, jalan sentiasa
sesak, shopping mall penuh, pawagam penuh dan sebagainya.
Malah saya juga
difahamkan majoriti demonstran anti TPPA Sabtu lepas, datang ke KL dari
serata Malaysia, guna pelbagai jenis pengangkutan awam, termasuk bas
sewa khas yang mahal harganya – ada duitlah tu.
Paling tidak, guna perkhidmatan
pengangkutan awam seperti Komuter yang pernah dikatakan kadar tambangnya
lebih mahal dari yang di Jepun!!
Jadi, ada tidak ada, puak-puak ini
kembali alih sasaran kepada peribadi Perdana Menteri. Pelbagai dakwaan
dilempar, terbaru kononnya makan malam Perdana Menteri cecah harga RM
20.000. Tapi sebab Allah swt sentiasa bersama Perdana Menteri, maka
fitnah itu tak bertahan lama, kejap saja dipatahkan.
Semua ini bagaimanapun menginsafkan
saya bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang yang baik sebab
itu penyokong Pakatan Pembangkang yang diketuai DAP, terpaksa fitnah
beliau dengan cerita-cerita yang tidak ada.
Ia juga menginsafkan penulis bahawa
penyokong Pakatan Pembangkang yang diketuai DAP, terutama yang Melayu
sekarang, lebih jauh dari agama. Ada sahabat saya kata, di zaman
fitnah dihujung jari ini, nak selamatkan diri sendiri dari api neraka
pun tak tahu boleh ke tidak, nak selamatkan negara macam mana?
Apa pun yang penting selepas ini, rakyat
kena tanam dalam hati, bahawa Najib adalah seorang yang baik. Semua
cerita buruk pasal beliau selepas ini, adalah palsu dan sengaja
diada-adakan untuk tujuan politik.
Ia tidak akan berhenti kerana yang
dicadang Pakatan Pembangkang untuk menggantikan Najib sebagai Perdana
Menteri adalah seorang peliwat.
Justeru, apa pun usaha jahat akan terus dibuat untuk mengalih perhatian rakyat dari hakikat tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment