Thursday, January 14, 2016
Jangan Tertipu Dengan Strategi DAP
Orang Melayu dinasihatkan supaya tidak tertipu dengan strategi DAP yang
mendakwa parti itu tidak anti Melayu dan Islam. Dakwaan itu jelas
bertentangan dengan tindakan parti itu yang sebelum yang sering
mempertikaikan dan mempersoalkan keistimewaan orang Melayu dan Islam di
negara ini.
Sikap sebenar DAP dapat dilihat apabila mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang menggariskan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan ekonomi
orang Melayu. Kenyataan ini sebenarnya mengulangi skrip-skrip yang lalu
dan semua janji-janji kering kepemimpinan parti tersebut adalah hanya
semata-mata untuk menarik undi orang Melayu.
Jika benar DAP ini parti yang tidak anti Melayu dan Islam, perkara yang
boleh dipersoalkan adalah mengenai kepemimpinan tertinggi mereka yang
majoriti dianggotai oleh orang Cina DAP.
Ura-ura bahawa DAP bakal memperkenalkan lebih ramai calon Melayu pada
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah cuma retorik bagi mengaburi mata
rakyat khususnya dari kalangan Melayu.
JANGAN TERPEDAYA DENGAN TIPU DAYA PARTI DAP.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment