Monday, January 25, 2016
Pakatan Harapan Sekadar Jual Harapan
KUALA LUMPUR : “Buat sekian kalinya menjual harapan?,” soal exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mimie Harianie Alias.
Menurutnya, bukan sekali sebenarnya pakatan parti-parti pembangkang
ini cuba menjual harapan, tetapi telah banyak kali cuma bezanya pelakon
sahaja yang berlainan walaupun watak tetap sama.
“Kerana itu kita perlu sedar bahawa kesepakatan yang wujud di dalam
parti pembangkang adalah palsu sahaja, semata-mata kerana mahu
mempengaruhi minda rakyat menolak kerajaan walhal mereka sama sendiri
pun mempunyai sifat menolak malah membuang rakan sekutu.
“Seringkali
sebelum ini mereka gagal di dalam gabungan longgar yang mereka cipta,
apakah rakyat mahu terus mempertaruhkan masa depan negara kepada mereka
ini?
“Jika sebelum ini dengan Barisan Alternatifnya, dengan Pakatan
Rakyatnya bersama-sama dengan parti Pas, tetapi kini Dap dan Pkr
mengetepikan Pas kerana mempunyai rakan yang baharu, Amanah, yang
dipelopori golongan yang kecewa merebut jawatan di dalam parti Pas itu,”
katanya kepada media.
Justeru itu, beliau berpandangan sampai bila pakatan pembangkang mahu
berterusan mempermainkan minda rakyat dengan pelbagai gabungan longgar
atas nama pakatan tetapi semuanya rapuh, rebah apabila tiada
persefahaman.
“Kerana itu saya berpendapat wujudnya pakatan terbaru ini tidak lebih
sekadar mencuba nasib ‘menjual’ sesuatu yang baharu walaupun hakikatnya
tidak bernilai.
“Dan bukan sesuatu yang pelik apabila akhirnya ‘harapan baharu’ mereka ini nanti akan menjadi ‘harapan tinggal harapan’.
“Apa yang tidak dijual semasa mereka di dalam pakatan rakyat,
semuanya dicanang kononnya atas nama rakyat tetapi akhirnya ‘rakyat’
mereka yang menjadi mangsa, berkubur,” jelasnya lagi.
Beliau turut menimbulkan persoalan, bagaimana pembangkang mampu
berpakat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat jika
kesepakatan sama sendiri pun sering berubah.
“Jelas sebenarnya pembangkang ini mahu meniru resepi kesepakatan yang
ada di dalam Barisan Nasional (BN) tetapi sejarah telah membuktikan
mereka tidak pernah berjaya.
“Kerana apa? Kerana mereka masing-masing mempunyai agenda parti
politik masing-masing, masing-masing ada kepentingan dan jelas langsung
tiada kejujuran antara sesama,” tegasnya.
Buktinya, lihatlah sahaja sudah beberapa kali parti Pas dan Dap
berpakat dan berpecah, semasa bersama canang kepada rakyat pelbagai
harapan, semuanya manis belaka, rela ‘diperkuda’ dan ‘diperlakukan’
pelbagai gaya tetapi rupanya palsu semata apabila ikatan terlerai
masing-masing membuka pekung bekas rakan ibarat habis madu sepah
dibuang, tambahnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment