Monday, January 25, 2016
Usul TPPA Dibentang Pada Sidang Khas Parlimen Hari Ini
KUALA LUMPUR : Usul untuk memutuskan tentang penyertaan
Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan
dibentangkan pada sidang khas Dewan Rakyat yang bermula pukul 10 pagi
Selasa.
Anggota Dewan Rakyat akan membahas dan mengundi mengenai TPPA dalam sesi khas dua hari bermula Selasa.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa
Mohamed akan mencadangkan usul berkenaan untuk mendapat sokongan anggota
Dewan Rakyat terhadap keputusan kerajaan bagi Malaysia menjadi
sebahagian anggota negara TPPA dengan menandatangani dan meratifikasi
perjanjian itu.
Berdasar kepada Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada Selasa,
kerajaan dalam usul itu juga akan mencadangkan Dewan Rakyat menerima
kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi
terbuka yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa, pelaburan asing,
teknologi dan pelancongan.
Mustapa
akan turut mencadangkan bahawa dalam memutuskan penyertaan Malaysia
dalam TPPA, Dewan Rakyat menyeru semua pihak bersama-sama berusaha
menjayakan matlamatnya.
Selepas sesi khas dua hari di Dewan Rakyat, Dewan Negara pula akan membahaskan dan mengundi isu TPPA pada 28 Januari.
Malaysia adalah antara 12 negara bersama Australia, Brunei, Kanada,
Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan
Vietnam memuktamadkan rundingan berkaitan TPPA pada 5 Oktober 2015.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment