Tuesday, January 12, 2016

Pelajar IPTA Yang Boros, Nak Salahkan Kerajaan Pulak???

http://www.espmag.co.uk/wp-content/uploads/2013/04/Queensgate-students_043.jpg
Masih lagi hangat isu pelajar Universiti dan IPTA yang dikatakan hampir ‘mati kelaparan’, gara-gara kos sara hidup yang semakin meningkat. Terdapat juga khabar angin mengatakan seorang pelajar IPTA mati, akibat gastrik dan usus pecah kerana takde duit nak makan. Padahal hasil siasatan mangsa mati akibat hal lain.

Terbaru, seorang individu meminta pengasas kecantikan, Datuk Seri Vida menaja kos pengajian RM50 ribu seorang, tetapi malangnya mendapat respon pedas dari DS Vida. Lebih menyedihkan, isu tersebut telah dikaitkan dengan politik negara.

Kononnya pelajar IPTA kebuluran adalah disebabkan salah kerajaan yang menaikkan kos harga barang. Benarkah kenyataan tersebut?? Jika difikirkan kembali, apa keperluan sebenar pelajar IPTA ini?? Belajar atau bersuka ria??

Rata-rata pelajar IPTA sekarang ini dilihat mengamalkan kehidupan gaya mewah…. Atau lebih tepat 'high maintenance'! Tengok sahaja lah baju dorang pakai pergi kelas… Vough habis macam nak pergi kenduri kawin je kita tengok. Dengan gelang perhiasan bagai, nak lawan ratu cantik atau nak belajar?? Bila duit habis untuk benda yang tidak sepatutnya, mulalah nak salahkan kerajaan..

Kalau dianalisiskan dengan lebih mendalam, pelajar-pelajar IPTA boleh dikatakan hampir kesemuanya memiliki gadget mewah dan 'up to date'. Paling hebat yang pakai iPhone 6s, ada juga yang pakai Note 5 berharga ribuan ringgit. Lebih dahsyat ada yang sanggup guna duit pinjaman PTPTN semata-mata nak nampak hebat di mata kawan-kawan. Jadi beli gadget mahal salah kerajaan jugak ke?

Bila nak makan takde duit sebab beli gadget mahal… Haaaaa, korang jilat la gadget tu sampai kenyang. Lebih menyedihkan, ada pelajar yang datang dari keluarga yang kurang bernasib baik, tapi nak berlawan tunjuk kaya depan kawan-kawan. Sampai sanggup tak makan lepas tu menyusahkan keluarga mintak duit. Nak tanya itu salah kerajaan lagi ke??

Kehidupan pelajar sekarang paling gempak! Status masih belajar tapi tiap hujung minggu atau cuti, mesti dorang pergi travel atau bercuti. Macam duit banyak sangat! Paling best pi tempat mewah dan cantik jauh dari orang sehingga menelan kos yang tinggi. Konon nak dapatkan gambar yang cantik untuk upload dalam Instagram. Nak gempak la konon.. Bila takde duit nak makan sebab habis buat bercuti mula la nak salahkan kerajaan.

Sebenarnya pelajar yang macam ni sesuai dilabelkan sebagai bodoh dan tak tahu nak urusan kewangan. Sedar sikit diri tu baru di alam pengajian. Tak payah nak boros kejar sesuatu yang tidak penting. Belajar bagi pandai dulu bila duit dah banyak dan dah ada kerja, ikut korang la nak buat apa pun.

Tapi kalau korang still nak 'move on' dengan cara hidup korang yang macam kaya nak mampus tu… Nanti kalau ‘mati kebuluran’ jangan nak salahkan kerajaan pulak. Kita pesan jeee…

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

1 comment:

  1. Pelajar asasi UIAM Gambang masih belum menerima biasiswa. Makan nak kena bayar. Buku nak kena beli. Macaman tu?

    ReplyDelete