Monday, January 04, 2016

Penjelasan Isu 1MDB Untuk Pensyarah Anina dan Kisah Masalah Ciptaan Mahathir

EDITOR MENULIS...
4 JANUARI 2015

“Siapa Pun Boleh Berniaga Jika Jual Aset Untuk Bayar Hutang” adalah mantera terbaru mereka yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak.
http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2015/06/1MDB-Mahathir-685x320.jpg
Menurut seorang Pensyarah Universiti, Anina Saadudin, “Sekiranya DS Najib cuba menyelesaikan masalah kewangan 1MDB dengan menjual segala harta syarikat yang diperolehi secara ehsan dan mudah dari usaha pentadbiran negara yang terdahulu atau tanah-tanah kerajaan, saya berpendapat Ahmad Maslan juga layak menjadi Perdana Menteri. Kemungkinan besar Ahmad Maslan akan lebih berjaya berbanding DS Najib kerana isterinya bukan Rosmah Mansor.”
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/06/najib-mahahthir.jpg
Bagaimanakah sebuah universiti boleh mengambil seorang yang pemikiran tidak betul dan merepek ini menjadi pensyarah. Jika ini pemikiran pensyarah maka apa yang anda harap kualiti yang ada pada graduan universiti ini?

Anina mungkin tidak faham, mungkin juga dikelabui dengan perspektif prejudis kerana mahu menjadi penyokong Tun Mahathir.

Mengapa 1MDB Jual Harta?

1MDB menjual Edra Energy Sdn Bhd dan unit pelaburan luar negara kerana mahu memenuhi kehendak Tun Mahathir yang menganggap hutang 1MDB terlalu besar. 90% hutang 1MDB adalah dari pembelian aset janakuasa letrik bebas (IPP) dan pelaburan luar negara.

1MDB ada beberapa kaedah untuk mengurang atau menghapuskan hutang.

Pertamanya, menunggu pelan perniagaan mereka berjaya sepenuhnya dan mendapatkan hasil. Namun ia tidak mungkin  kerana tanggungjawab membayar hutang semakin besar berikutan pembelian agresif 1MDB.

Kedua, yang juga merupakan perancangan terbaik 1MDB ialah melancarkan Terbitan Saham Awam (IPO). Ini juga tidak dapat dilaksanakan setelah 1MDB diserang dengan teruk oleh Tun Mahathir dengan bantuan The Edge dan Wall Street Journal.

Justeru pilihan ketiga ialah melupuskan punca-punca hutang ini melalui penjualan. Ini merupakan pilihan terbaik berbanding melakukan suntikan dana kerajaan bagi menyelamatkan syarikat ini.

Penjualan ini tidak membabitkan aset-aset kerajaan seperti dakwaan Anina. Ia sebaliknya membabitkan aset-aset yang dibeli oleh 1MDB melalui jualan bon dan hutang bercagar.

Bandar Malaysia

Manakala dalam isu Bandar Malaysia, Anina sebenarnya keliru dengan menyatakan 1MDB menjual tanah-tanah yang diperolehi secara ehsan oleh kerajaan.
http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/ANINA_SAADUDIN_280815_TMISETH_01.jpg
Tanah-tanah ini diberi kepada 1MDB (yang juga milik penuh kerajaan) untuk dibangunkan di bawah “flagship” Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX).

1MDB perlu mengadakan Master Plan untuk kawasan ini; dan menyediakan infra sebelum dijual kepada pihak ketiga untuk pembinaan bangunan dan kediaman mengikut pelan yang diluluskan. Ini konsep yang sama yang digunakan oleh Tun Mahathir ketika mahu membina Putrajaya dan Cyberjaya.

Dalam pembangunan Cyberjaya ia diuruskan oleh Cyberview Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang ditubuhkan dengan tujuan, “was confined to selling of land, constructing buildings for targeted market and identified end-users, build supporting amenities and undertake rehabilitation and maintenance work in Cyberjaya.

Maka apabila Anina sebagai pensyarah dan penyokong nombor wahid Tun Mahathir tidak faham mengenai konsep pembangunan “flagship” seperti ini ia sangat mengelirukan dan memalukan.
1MDB sebagai pemaju Bandar Malaysia juga perlu memindahkan kem Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi ke Negeri Sembilan dan membinanya, ini membabitkan kos sebanyak lebih kurang RM 2 bilion.

Justeru 1MDB telah menjemput bida untuk mencari Pemaju Bersama. Hasilnya mereka mendapat pelaburan daripada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd. Kerjasama ini akan menyaksikan IWH-CREC akan mendapat 60% saham dan 1MDB 40% dalam pembangunan Bandar Malaysia. Ini bukan transaksi jualan tanah tapi kerjasama perniagaan membabitkan pemaju yang sudah terkenal.

[Konsortium ini terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (“IWH”) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC). Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah hasil usahasama 60:40 antara IWH dan CREC.]

Kerjasama 1MDB-IWH-CREC ini jauh lebih baik daripada tindakan Cyberview Sdn Bhd melantik Setia Haruman, syarikat milik Tan Sri Mustapha Kamal sebagai pemaju sepenuhnya untuk Cyberjaya.

Najib Tidak Mampu Selesaikan Masalah Ciptaannya?
aninaSaadudin 
Anina juga membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri Mohd Najib Razak banyak mencipta masalah dan beliau tidak mungkin mampu menylesaikanya kerana punca masalah ialah Najib sndiri.
Anina sekali lagi menunjukkan keupayaan mental yang rendah. Oleh kerana beliau tidak menyatakan apakah masalah negara ini sebenarnya kita hanya boleh membuat andaian bahawa ia berkisar kepada 1MDB dan kenaikan kos sara hidup.

1. Masalah 1MDB sudah 90 peratus selesai di bawah pentadbiran Najib Razak. Apakah Najib punca masalah 1MDB? Tidak.

1MDB bermasalah apabila Najib mahu membetulkan kesilapan pentadbiran Tun Mahathir yang membuat perjanjian berat sebelah menguntungkan IPP seperti YTL dan merugikan Tenaga Nasional Berhad dan Kerajaan. Berbilion ringgit telah kerajaan belanjakan memberi subsidi gas kepada pemilik IPP dan dalam masa yang sama IPP ini mengaut keuntungan TNB. 1MDB ditugaskan mengambil alih kesemua IPP ini dan mengadakan semula rundingan dengan TNB untuk terma yang lebih baik.

2. Kos sara hidup. Memang benar kos sara hidup meningkat tinggi kerana Najib mewarisi satu sistem subsidi yang terlalu besar dan menguntungkan korporat. Susbsidi petrol, minyak masak, gula dan tol berpuluh bilion diberikan kerajaan kepada korporat yang mengawal industri ini sehinggakan mewujudkan keadaan ekonomi yang artificial atau palsu.

Hari ini Najib perlu membetulkan masalah ini kerana kos subsidi sudah terlalu besar berbanding zaman Tun Mahathir.

Najib berhadapan dengan perjanjian tol yang luar biasa bila mana membenarkan kenaikan berkali ganda dalam masa sepuluh tahun. Jika kenaikan tidak dibenarkan kerajaan perlu membayar pampasan bernilai berbilion ringgit. Perjanjian ini direka menyusahkan pentadbiran selepas Tun Mahathir. Pada masa Mahathir pampasan hanya sekitar beratus juta. Pada masa Najib ia sudah menjadi berbilion ringgit setiap tiga tahun.

Adakah salah Najib masalah ini timbul? Memang Najib tidak menyalahkan Tun Mahathir, tapi penyokong Tun Mahathir janganlah buta hati sehingga menidakkan masalah ini berpunca dari siapa...

Fikir-fikirkanlah...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3eaxq7E0OQoeKQ9-MOGfkTMghqwdhqZ5qYw9tv0vjm0S0mEwZ_HegI-FMxNZMzg8CSIAmrZn-OAO4ts0erhf54nOFJf55xqq6a4hhIboXyBYiwCIXG_H5YOqqeV2HnhA5ihUdSOXbT9Y/s320/Acoy+Posterize+2.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment