Tuesday, January 05, 2016

PKR Canang Dokumen Kerjasama Dengan DAP Dan PAN... Yang Untung Politik DAP

SHAH ALAM : PKR hari ini mencanang dokumen kerjasama Pakatan Harapan (PH) yang  bakal di meterai Sabtu ini sebagai kerangka politik untuk parti itu bersama DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Hasil daripada perjanjian pakatan harapan ini, kami akan memberi tumpuan seterusnya untuk membangunkan satu kerangka dasar yang jitu dan radikal ke arah mencari penyelesaian berkesan kepada masalah rakyat dan membina sebuah negara yang inklusif dan berdaya saing," kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dokumen itu merangkumi tujuh fasal yang menggariskan kerjasama di antara tiga parti itu termasuk dalam soal pengagihan kerusi untuk PRU14 dan kaedah menyelesaikan pertikaian dalam  Pakatan Harapan.

Hadir sama pada sidang akhbar itu  adalah Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Mohamad Sabu (Pengerusi PAN), Datuk Saifuddin Abdullah (Ketua Sekretariat Pakatan Harapan), Khalid Samad (Ketua Penerangan PAN), Xavier Jayakumar (Naib Presiden PKR), Tony Pua (Pengerusi DAP Selangor), Dr Dzulkefly Ahmad (Pengarah Strategi PAN), Tian Chua (Naib Presiden PKR), Hu Phang Chaw (Exco PAN) dan Rafizi Ramli (Setiausaha Agung PKR).

Beberapa penganalisis sebelum ini berkata dokumen itu banyak mirip dengan kerangka kerjasama Pakatan Rakyat yang kini terbubar ekoran pertikaian di antara DAP dan PAS yang banyak bertumpu kepada percanggahan dalam dasar parti masing-masing, khususnya bersabit pelaksanaan hudud di Kelantan.

Kali ini PAN mendakwa ia bersetuju mengenepikan agenda sebegitu namun keputusan itu sendiri dijangka memberi kesan kepada kemampuan parti berkenaan untuk meraih und di kubu-kubu PAS yang menjadi sasarannya.

Dokumen itu juga di jangka tidak memberi pencerahan kepada tindakan PKR untuk terus menjalin kerjasama politik dengan PAS yang bermusuhan dengan DAP dan PAN.

Justeru menurut penganalisis,  pakatan pembangkang baru akan terus disalut dengan pelbagai persepsi meskipun mempunyai dokumen kerjasama politik sebagaimana yang di miliki oleh Pakatan Rakyat tidak lama dahulu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment