Monday, January 25, 2016
Salleh Mahu Pemimpin BN Kota Belud Pastikan Kemenangan Di Kadamaian Pada PRU14
KOTA KINABALU : Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri
Dr Salleh Said Keruak mahu pemimpin Barisan Nasional (BN) Kota
Belud bekerjasama rapat untuk memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) Kadamaian dikuasai BN pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Semasa membuat gesaan itu, beliau menegaskan pentingnya perpaduan
dan kesepaduan dalam kalangan anggota dan pemimpin BN bagi memastikan
kemenangan BN di kerusi itu yang terletak dalam kawasan Parlimen Kota
Belud.
“Lupakan semua yang berlaku semasa pilihan raya umum ke-13. Peluang
BN untuk memenangi kerusi Kadamaian amat berisiko jika anggota dan
pemimpin BN tidak bersatu.
“Sebab itu kenapa semua pemimpin dan anggota BN di Kadamaian perlu
bersatu dan bekerja keras sebagai sebuah parti untuk merealisasikan misi
ini pada pilihan raya umum ke-14,” katanya.
Salleh, selaku Pengerusi BN dan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud
berkata demikian dalam mesej beliau kepada pemimpin parti komponen BN
Kota Belud, khususnya daripada Kadamaian pada mesyuarat khas di sini
hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Datuk Musbah
Jamli, ADUN Kadamaian Jeremy Malajad, yang juga Ketua Parti Bersatu
Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian Kadamaian, Ketua UPKO Bahagian Kota Belud
Ewon Benedick dan Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Kadamaian
Dimis Rumanti.
Pada pilihan raya umum ke-13, Jeremy memenangi kerusi Kadamaian atas
tiket PKR dengan majoriti 889 undi dalam pertandingan empat penjuru.
Kemudiannya Jeremy keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN, sebelum menyertai PBRS.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment