Monday, January 04, 2016

Sekolah-Sekolah Tolong Kikis Pendekatan Ala Rejim Menteri Terdahulu

yuran copy
 *gambar hiasan
 
Rungutan ibu bapa tentang jumlah wang yang dikenakan pihak sekolah kepada ibu bapa pelajar untuk membayar, semakin kuat hari ini, bila majoriti sesi persekolahan bermula.  

Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu adalah 4 negeri yang memulakan sesi persekolahan semalam.

Yuran PIBG lah, yuran KAFAlah. sumbangan beli van, komputer, buku-buku tambahan yang WAJIB dibeli di koperasi sahaja (siapa pulak yang bekal buku di koperasi berkenaan) dan sebagainya dikenakan, ada antaranya mencecah sehingga RM 300 setahun – nak buat apa semua ni?  

Sekolah persendirian boleh faham, ini sekolah bantuan penuh kerajaan.

Ambik yuran KAFA sebagai contoh, kenapa dikenakan bayaran sedangkan ustaz/ustazah yang mengajar tu adalah guru yang sama, bukan bawa tenaga dari luar.  Kalau isunya elaun, bawa kepada kesatuan dan kesatuan bincang dengan kementerian, bukan caj kerja lebih masa ustaz/ustazah berkenaan kepada ibu bapa.

Menariknya, bila ibu bapa merungut, ada di kalangan warga sekolah menyalahkan kerajaan.  
Apa kaitan kerajaan dalam hal ini?  Yuran persekolahan telah dimansuhkan, buku teks dah diberi percuma kepada semua, apa lagi yang kerajaan salah?  Kerajaan tak tetapkan yuran PIBG, nak beli van dan apa bala yang lain tu, itu adalah pihak sekolah dan PIBG yang menguruskannya.

Kerajaan peruntuk banyak untuk bidang pendidikan ni.  Menurut maklumat, bagi setiap pelajar, wang yang diperuntukkan kerajaan adalah sebanyak RM 8,000 seorang. berapa juta pelajar kita ada?  Sebab itu ada sekolah yang berusaha mengekalkan kuota pelajar sebab nak kekalkan peruntukan tersebut.

Tapi yang masih tekan ibu bapa ni apasal?  Sengaja nak sabotaj kerajaankah?  Soal peruntukkan turun atau tidak, itu dengan Jabatan Pendidikanlah selesaikan, bukan dengan ibu bapa.

Sekolah-sekolah dan persatuan PIBG ni kena ingat, Menteri Pendidikan yang sekarang sudah baru, bukan Menteri Pendidikan yang dulu-dulu.  Yang dulu, memang sengaja bagi naik darah guru-guru dengan lambakan tugas yang tak sesuai taraf jawatan sebagai guru.  

Guru ni nak dipandang tinggi dan mulia sepanjang masa, apa kelas buat kerja kerani kata mereka. – itu yang dalam kepala, tapi yang keluar dimulut, line slowlah, itulah inilah, yang mana memang betul pun.

Jadi corak mentadbir sekolah guna rejim lama ini perlu dihentikan.  Dapatkanlah petunjuk dari kementerian dibawah Menteri Pendidikan yang baru, cara mana nak menguruskan sekolah dengan lebih baik, tanpa menaikkan darah ibu bapa.  Kementerian pun perlu pantau perkara ini, wujudkan talian khas untuk ibu bapa membuat aduan kalau dikenakan caj melampau dan sebagainya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment