Tuesday, January 05, 2016
Syabas Untuk Anda Semua..... MARA Digital : Jualan Dijangka Terus Meningkat
Tidak perlu disangkal lagi apabila Pusat ICT Mara Digital semakin mendapat tempat di hati pengguna.
Buktinya, apabila dua minggu beroperasi, jumlah kutipan jualan di situ mencecah RM100,000.
Sudah pasti ia membanggakan apabila pada mulanya, pusat ICT ini dikatakan hanya mampu bertahan cuma tiga bulan.
Ini kerana pembukaannya adalah di atas kelangsungan amarah kaum Bumiputera ekoran sering ditipu peniaga di kawasan lain.
Namun, biar beribu tohmahan, usahawan Bumiputera di sini, membuktikan
mereka juga layak menjual gajet dan berpengetahuan luas mengenai bidang
ICT.
Perkara itu diakui Pengerusi Eksekutif WGN Scan Sdn Bhd (WGN), Datuk Wan
Mohamad Zin Mat Amin yang merupakan orang tengah di antara peniaga dan
juga pihak Mara.
“Saya berbangga dengan pencapaian setakat ini. Jika dilihat, Mara
Digital masih belum beroperasi sepenuhnya. Ada lagi sebahagian yang akan
mulakan operasi selewat-lewatnya akhir Januari ini.
“Jadi dengan pendapatan jualan begitu, ia petanda baik untuk Mara Digital terus diterima pengguna,” katanya.
Menurutnya, jumlah itu pastinya meningkat menjelang Februari apabila kesemua kedai akan mula beroperasi.
“Kita mempunyai syarikat telekomunikasi yang sama-sama ada di sini.
Selain itu, ada juga kedai menjual aksesori pada harga yang berpatutan
selain keperluan lain seperti komputer yang bukan sahaja untuk kegunaan
peribadi malah untuk syarikat,” katanya.
Ditanya mengenai syarat-syarat atau kriteria yang diletakkan kepada
peniaga di situ, Wan Mohamad Zin berkata, semuanya di bawah seliaan WGN
Scan.
“Ada beberapa syarat yang kami tetapkan. Antaranya tidak dibenarkan
jurujual selain Bumiputera di sini. Mereka juga perlu berpengetahuan
luas dalam bidang ini dan boleh membantu pengguna ketika proses
pembelian.
“Kami tidak mahu pengguna hanya datang membeli sebaliknya mereka perlu
tahu kegunaannya dan secara tidak langsung akan ada proses mendidik
dalam membeli,” katanya.
Jelasnya, walaupun terhad kepada 38 kedai, secara keseluruhan, pelbagai produk boleh didapati di Mara Digital.
Beliau berkata, dengan kekangan kawasan, GWN terpaksa menolak ratusan lagi peniaga.
“Peniaga-peniaga di sini sudah disaring oleh kami dan pengurusan Mara.
Kami memilih syarikat yang dilihat mempunyai rekod perniagaan yang baik.
“Selain itu, mereka juga berpengetahuan serta barangan yang mereka jual lain daripada biasa," katanya.
Konsep futuristik
Pengubahsuaian Aras 3 Menara Mara yang pada asalnya adalah tapak medan selera hanya mengambil masa kurang enam bulan.
Wan Mohamad Zin berkata, cabaran pihaknya adalah menyiapkan semua kiosk yang pada asalnya akan dirasmikan pada Februari depan.
“Dalam perancangan Mara Digital akan dibuka pada bulan hadapan, tetapi
atas arahan pihak atasan, kami perlu menyiapkan pada awal Disember lalu.
“Jadi, semasa perasmian 8 Disember lalu, hanya 40 peratus kedai baharu
beroperasi kerana dalam kontrak akan bermula pada Januari. Jadi, siapa
yang boleh awal, mereka buka awal, yang tidak, tidak mengapa,” katanya.
Ditanya mengenai konsep yang dikatakan sama dengan pusat ICT lain,
beliau berkata, Mara Digital mempunyai kelainan di mana WGN membuat ala
futuristik.
“Rekaan ini mengetengahkan konsep futuristik seperti elektronik tron dan menonjolkan ilustrasi berbentuk intan.
“Kos untuk menyiapkan semua ini adalah RM3 juta. Peniaga hanya bawa
barang jualan kerana kami sediakan semua kelengkapan untuk mereka,”
katanya.
Wan Mohamad Zin berkata, pihaknya juga akan cuba memanfaatkan setiap ruang yang ada untuk menambah lagi bilangan peniaga.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment