Thursday, April 28, 2016

Calon Dun Nangka Selar Malaysiakini Kerana Pusing Fakta






Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, Dr. Annuar Rafie membidas portal Malaysiakini yang disifatkan sebagai tidak demokrasi kerana melaporkan berita berat sebelah.

Menurutnya, beliau kecewa kerana wartawan portal berkenaan telah memutarbelit apa yang diperkatakan sedangkan laporan berita sepatutnya seimbang.


Justeru mulai sekarang, Dr. Annuar berkata, beliau tidak mahu lagi ditemubual oleh portal berkenaan.


“Saya tidak mahu lagi ditemuramah oleh Malaysiakini, minta maaf, nanti dia pusing.

“Dia (wartawan Malaysiakini) kata ini demokrasi. Saya kata dengan dia awaklah paling tidak demokrasi,” katanya ketika ditemui di pusat khidmat Barisan Nasional Dun Nangka, di sini, hari ini.

Dr. Annuar mengulas mengenai laporan Malaysiakini yang menulis berita mengenai mangsa kebakaran di Kampung Dato Lama yang merayu bantuan. Beliau juga dikatakan menghalau wartawan berkenaan kerana didakwa tidak berpuas hati dengan laporan tersebut.

Kebakaran di Kampung Dato Lama itu berlaku pada Jun 2013.

Mengulas mengenai kebakaran berkenaan, Dr. Annuar berkata, kerajaan negeri telah memberikan bantuan kepada 143 mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu dan mereka juga telah ditempatkan di sebuah flat di Rantau Panjang dan Sibu Jaya, tanpa dikenakan sewa.

“Semua yang duduk di flat itu tidak perlu bayar sewa sejak tiga tahun lalu sebab kita dah janji selagi mereka tidak dapat rumah, kita akan beri sewa percuma tapi saya tidak mahu heboh perkara ini. Saya pelik apabila perkara ini tidak pula dilaporkan oleh Malaysiakini.

“Hakikatnya, sebanyak 33 buah sedang dibina iaitu rumah asal bagi mereka yang mempunyai geran. Kos keseluruhan rumah ini adalah RM270,000 tetapi ia dijual pada harga RM100,000 sahaja dan jika mangsa tidak berkemampuan, bayaran boleh diteruskan oleh anak dan cucu mereka.

“Saya tak nak dulu jawab Malaysiakini sebab saya akan jumpa keluarga mangsa kebakaran ini,”  katanya.

Apa yang mengecewakan kata beliau  ialah Malaysiakini hanya menemubual tiga mangsa yang merupakan penyokong pembangkang tetapi tulisannya seolah-olah mewakili semua 143 mangsa.

“Kebakaran itu mendapat liputan meluas, bukan hanya di Sarawak malah di seluruh negara dan bantuan juga diterima daripada kerajaan negeri dan seluruh negara,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Kedudukan Ayer Hitam Wajar Diletak Di Barisan Depan Sidang Dun Kedah, Tapi...

EDITOR MENULIS...
28 APRIL 2016
http://www.tv14.my/wp-content/uploads/2016/01/mukhriz.jpg
Beberapa rakan saya di Kedah memberitahu bahawa sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah telah berlangsung. Buat pertama kali sejak bertanggungjawab merampas Kedah kembali dari PAS, Dato' Seri Ahmad Bashah mengetuai Kerajaan BN Negeri Kedah sebagai Menteri Besar.

Beliau berhak dan layak. Setelah menyinsing lengan dan perit bersilat siang malam selama 5 tahun mengepalai seluruh jentera UMNO di Kedah, Ahmad Bashah akhirnya diberikan kuasa oleh Allah SWT untuk duduk di kerusi yang sepatutnya beliau isi sejak Mei 2013 lagi.

Khabarnya mantan Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Mahathir pun hadir sama kelmarin bersidang. Kedudukan beliau tidak lagi di depan selaku Menteri Besar, sebaliknya duduk di belakang, malah tidak sebaris pun dengan barisan Exco yang teruk 'dibuli' olehnya dulu.

Saya diberitahu, Mukhriz juga ada bertanyakan soalan di sidang Dun Kedah itu. Namun merujuk pada soalan yang dikemukakan Adun Ayer Hitam itu, bunyinya seakan-akan beliau adalah salah seorang dari pembangkang!

Beliau bertanyakan status projek KXP, projek yang beliau desak Kerajaan Pusat untuk terima bulat-bulat untuk dilaksanakan di Kulim. Merengek-rengek mahu membina lapangan terbang di wilayah selatan Kedah itu...

Apa yang melucukan saya, soalan Mukhriz itu hanya dijawab secara bersahaja oleh salah seorang Exco Kerajaan Negeri. Padahal, Mukhriz mengharapkan agar soalan itu dijawab sendiri oleh Ahmad Bashah. Macam budak kecil, beliau kemudian 'merengek' di luar dewan di depan media.

Sudah dijawab, KXP sedang diteliti dan dibincangkan dengan Kerajaan Pusat. Projek berkenaan bukan bernilai RM20, tapi dijangka menelan kos berbilion ringgit duit rakyat. Jadi, haruslah diteliti dengan baik tentang 'pro dan kontra'nya.

Apakah Mukhriz tidak diajar ibu dan bapanya untuk bersabar jika berkehendakkan sesuatu? Mungkin gaya hidup 'aristokrat' yang lahir dalam 'kepuk emas' mengajar beliau untuk tidak sabar dalam mengejar kemahuannya. Itu caranya 'pemimpin berjiwa rakyat' yang tiada sabar dalam diri?

Saya ingin mencadangkan kepada Speaker Dun Kedah supaya membuat sedikit perubahan pada kedudukan kerusi Dun Ayer Hitam pada persidangan yang akan datang. Pada saya, kedudukan beliau sekarang agak tidak sesuai, terletak di bahagian belakang.

Cadangan saya apalah lah salahnya jika Speaker Dun Kedah meletakkan kedudukan Mukhriz di bahagian hadapan sidang Dun itu. Beliau bukan calang-calang orang, malah anak kepada seorang 'negarawan ulung' yang 'cemerlang, gemilang lagi terbilang'!

Kedudukan Mukhriz yang paling sesuai di dalam sidang Dun Kedah adalah di barisan hadapan. Cuma, letakkanlah beliau di sebelah pembangkang. Jadi, sekurang-kurangnya bolehlah beliau jadi 'ketua' di barisan pembangkang.

Harapnya Speaker Dun Kedah tanyalah barisan pembangkang, sama ada mereka sudi benarkan Mukhriz untuk 'menumpang' di kem mereka. Lagipun, senanglah sedikit untuk kenal pasti mereka yang membangkang. Bukan apa, agak memualkan loya jika lihat 'gunting dalam lipatan' duduk dalam kerajaan...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Seremban

Pas Punca Kemelut Politik Terengganu Berlaku?

http://www.thestar.com.my/~/media/online/2013/11/05/15/16/ktbahrin-5.ashx/?w=620&h=413&crop=1&hash=0F28A7B9A3900D650F66162F72F4029FB31A2BD5
Krisis politik yang berlaku di negeri Terengganu sekarang ni dikatakan berlaku disebabkan parti Islam Pas. Iyakah semuanya berpunca daripada Pas?? Perkara ini dinyatakan sendiri oleh ahli Amanah Terengganu.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Ahmad berkata, kemelut yang melanda negeri Darul Iman tersebut adalah berpunca daripada Pas yang enggan untuk menyokong usul undi tidak percaya yang dikemukakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Dewan Undangan Negeri (DUN), awal bulan lalu.

Seandainya Pas mahu menyokong usul tersebut, maka kemelut yang melanda Menteri Besar Terengganu tidak akan berlarutan. Bahkan tidak akan menjadi seteruk ini sehingga memaksa pihak Istana Terengganu menarik balik darjah kebesaran terhadap Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.

“Persoalannya, kenapa baru sekarang ketua pembangkang bersiap sedia, kononnya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri? Adakah sekadar menumpang di atas masalah pihak lain?? Melainkan UMNO Terengganu bergolak hebat semula, itulah situasi semasa.

“Jika hendak bertindak, sepatutnya semasa usul undi tidak percaya dahulu. Memang diakui UMNO bermasalah di peringkat pusat, dengan masalah yang dihadapi Najib, timbalan dan Naib Presiden UMNO serta bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir dan pengikut-pengikut mereka.

“Masalah di Pusat sudah tentu akan menjejaskan kedudukan Menteri Besar Terengganu yang dipilih oleh Najib,” katanya.

Tambah Raja Kamarul, tindakan menukar MB Terengganu langsung tidak akan menyelesaikan sebarang masalah. Keputusan menggantikan Razif dengan pengganti dari kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) langsung tidak akan meredakan kemelut yang melanda negeri Penyu itu.

Menurutnya, selagi kepincangan yang berlaku dalam UMNO di peringkat pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berakhir maka politik Terengganu akan terus bergolak.

Sebenarnya yang bermasalah tu diri mereka sendiri, sebab tak senang duduk tengok kepimpinan Najib. Korang nak menjayakan agenda kalian untuk menjatuhkan Najib dan terdesak untuk mendapatkan sokongan dari Pas

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Lagi Penduduk Kampung Melayu Pulau Pinang Bakal Diusir Kerajaan DAP

http://www.thestar.com.my/~/media/online/2015/06/22/05/52/tweetreport.ashx/?la=en
Sebelum ini kita kerap dengar yang banyak kampung-kampung di Pulau Pinang yang isinya adalah penduduk orang Melayu telah diusir dengan kejamnya oleh kerajaan DAP. Tujuan kerajaan DAPig ini usir kononnya sebagai pembangunan.... Nak bangunkan ekonomi la katanya! Untuk rakyat negeri Pulau Pinang juga DAP kata.

Nak bangunkan ekonomi sampai kena sapu lincin kampung orang Melayu kat Pulau Pinang tu, bukan setakat kampung je dorang sapu bersih. Ini sekali laut pun dorang nak tambak, punya gigih nak cari hasil dan kutip duit serta sapu lincin tanah-tanah kat sini.

Kali ini dengar kata penduduk kampung Tok Sani, Jalan Bagan Lalang, Butterworth pula yang menjadi mangsa dan bakal diusir. Eshhhh, tergamaknya kerajaan negeri nak halau kira-kira 20 rumah penduduk yang telah menetap selama 25 tahun disitu macam tu je.

Lebih menyedihkan, apabila penduduk kampung terbabit hanya diberikan notis 14 hari untuk mengosongkan rumah mereka. Sudah tu dorang tak diberi apa-apa pampasan pulak tu... Eshhhh, kesian betul kat mereka kan.

Tapi kalau sudah tanah tu bukan hak milik penduduk kampung situ nak buat macam mana kan... Mahu atau tidak, terpaksa la keluar jugak sebab tanah bukan milik anda. Tak kan nak buat hak persendirian pulak, cuma yang sentapnya bila penduduk kampung hanya diberikan notis 14 hari. Tak sempat nak cari tempat tinggal baru.

Walaupun kisah mereka ini telah diadukan kepada ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh tapi sehingga kini langsung takde sebarang respon. Entah-entah dorang buat tak tahu je kan... Kesian penduduk kampung situ yang hilang punca dan terpaksa keluar jugak.

Apa yang menghairankan, kenapa kerajaan DAP hanya mengusir dan tertumpu kepada kampung Melayu sahaja?? Sedangkan pasti ada kampung Cina yang menumpang tanah di Pulau Pinang. Tapi dorang tak pulak diusir macam kampung Melayu ni... Pilih kasih nampak.

Kenapa kerajaan DAP tidak bertindak adil dan saksama, kenapa hanya kampung orang melayu sahaja yang jadi sasaran dan mangsa kerajaan DAP. Alasan yang mereka bagi katanya nak luaskan ekonomi, nak bangunkan kemajuan tapi kampung Cina mereka tak sentuh langsung!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

GERAKAN Pulau Pinang Bocor Rahsia Besar Guan Eng

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2014/11/teh-yee-cheu_penang_3001.jpg
Parti Gerakan Pulau Pinang menyokong penuh cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu untuk menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selama dua penggal.

Seperti yang diketahui, sebaik 'tembelang' Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didedahkan, Teh Yee mula mencadangkan tempoh jawatan Ketua Menteri dihadkan selama dua penggal demi membersihkan nama parti DAP.

Walaupun cadangan Teh Yee berniat untuk membersihkan nama DAP yang kotor ekoran penyelewengan Guan Eng, Teh Yee telah diberi amaran keras oleh DAP supaya 'mengunci mulut' dan menarik semula cadangan tersebut.

Teh Yee yang telah menerima amaran keras, bagaimanapun tetap dengan pendiriannya untuk terus membawa cadangannya itu ke dalam Dewan Undangan Negeri walaupun dikhabarkan mendapat ugutan dari pihak-pihak tertentu yang diyakini pihak pro Guan Eng.

Semalam, Teh Yee memaklumkan cadangannya menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendapat sokongan memberangsangkan dari orang ramai, meskipun ada pihak yang mengugutnya.

Menurut Teh Yee, beliau terasa terharu apabila cadangannya itu mendapat sokongan daripada rakan politik dan orang ramai, dan cadangan itu jelas menunjukkan bersifat kepentingan awam.

Menurut Setiausaha Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong, beliau menyokong cadangan Adun DAP Tanjung Bungah itu kerana ia merupakan satu cadangan yang sangat baik dan wakil Gerakan akan menyokong penuh sekiranya usul itu dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.

Dalam masa sama, Tong Keong turut mendedahkan bahawa cadangan yang dibawa Teh Yee itu memang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan sekiranya DAP tidak melaksanakan, ia jelas satu penipuan yang dijanjikan oleh DAP dalam manifesto PRU yang lepas.

"Kalau tidak buat had dua penggal, ketua menteri tak penuhi manifesto, ini bukan kami kata, tapi ada direkod dalam ceramah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Padang Kota Lama dulu," kata Tong Keong. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

PAN Akan Ganggu Semua Kerusi PAS Pada PRU14

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.108029.1354150523!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg
Pas dalam satu kenyataan meramalkan Parti Amanah Negara (PAN), bakal mengganggu kesemua kerusi milik Pas ekoran tindakan PAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak meletakkan calonnya di kawasan Pas bertanding.

Dalam PRN Sarawak, Pas telah mencalonkan 11 wakil untuk bertanding kerusi DUN... Namun, dalam 11 kerusi yang dicalonkan Pas itu, PAN telah meletakkan 5 calonnya dalam kerusi yang sama ditandingi Pas... Calon PAN dan Pas akan bertembung di lima kerusi sama iaitu, di DUN Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.

Menurut Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, tindakan PAN meletakkan calonnya di kawasan Pas dalam PRN Sarawak kali ini sudah dijangkakan, dan tindakan itu jelas satu petanda mereka akan mengganggu kerusi Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kita sudah tahu Amanah akan meletakkan calon di tempat Pas bertanding. Ia adalah gambaran awal untuk berhadapan dengan pilihan raya akan datang bahawa Amanah akan bertanding di kawasan-kawasan Pas," kata Nik Abduh.

Mesti anda semua hairankan kenapa PAN mencalonkan wakilnya dikawasan Pas?? Jawapannya senang saja... PKR dan DAP memang tak mahu melepaskan kerusi yang diidamkan mereka kepada PAN... PKR dan DAP pun tahu, kalau bagi satu kerusi kepada PAN ianya jelas satu kerugian buat mereka.... PAN bukannya ada sokongan kuat macam Pas.

Lagipun, PKR dan DAP pun berebut-rebut mahu bertanding di kerusi DUN Sarawak.... Sampaikan 5 kerusi PKR dan DAP bertembung sesama sendiri... Nama je rakan sekutu, tapi tak reti nak agihkan kerusi dengan adil dan tolak-ansur.... Nasib baik Pas dah keluar dari gabungan Pakatan Harapan yang bakal hancur sedikit masa lagi.

So, bila PAN tak diberikan kerusi dan peluang oleh PKR dan DAP... Maka, PAN hanya mempunyai pilihan untuk bertanding di kawasan yang ditandingi Pas... Kalau PAN bertanding di kawasan PKR atau DAP... Alamatnya, PAN memang nak kena tendang dengan DAP dan PKR laa.

Dalam masa sama, Nik Abduh berkata walaupun kerusi ditandingi Pas diganggu oleh PAN, Pas tidak menganggap ia sebagai satu masalah yang besar dan Pas telah bersedia untuk menewaskan calon-calon PAN.

"Walaupun ada pertembungan dengan PAN, tapi kita tidak anggap ia sebagai isu besar," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Jangan Terpengaruh Dengan Gerakan Mahathir - MB Kedah

EDITOR MENULIS...
28 APRIL 2016
http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2016/01/timbashah.transformed.jpg
Tak faham betul saya dengan mereka yang menyokong gerakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak... Lagi tak faham bila yang menyokong gerakan Mahathir tu merupakan ahli Umno.

Anda sendiri tentu pernah dengar Mahathir kata gerakan beliau ini ditubuhkan bagi menyelamatkan Umno... Tapi korang ada terfikir tak benda ni betul atau 'membongak'?? 

Mesti anda tak pernah terfikir?? Apa yang anda tahu (tak semua), membabi buta je menyokong gerakan Mahathir ini.

Kalau betullah gerakan Mahathir ini dilakukan bagi menyelamatkan Umno.... Kenapa Mahathir perlu bersengkokol dengan pemimpin-pemimpin pembangkang?? Adakah pemimpin-pemimpin pembangkang akan menyelamatkan Umno juga??

Jawapannya memang tak lah pemimpin pembangkang nak menyelamatkan Umno juga.... Parti mereka sendiri pun sedang terumbang-ambing, lagi mau selamatkan parti lain... 

Pemimpin pembangkang sertai Mahathir pun sebab nak jadikan Mahathir 'keldai' mereka je... Mahathir je yang bodoh tak sedarkan diri!!

Nampakkan??? Gerakan Mahathir ini bukan cuba nak menyelamatkan Umno... Tapi gerakan ini dipercayai cuba menyelamatkan karier seseorang yang dipercayai karier anak Mahathir, iaitu karier Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Jadi tak perlu laa nak taksub sangat dengan gerakan Mahathir ni.... Bukan dapat apa pun kalau korang taksub dengan gerakan Mahathir ini... Yang untung dengan gerakan ini, Mahathir je... Anak dia yang dapat jadi Perdana Menteri, korang dapat jadi 'pengemis' je nanti.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah pun nasihatkan korang supaya tidak mudah terpengaruh dan taksub dengan gerakan Mahathir yang kononnya mahu menyelamatkan Umno.

Ahmad Bashah berkata, gerakan Mahathir ini hanya memecah-belahkan Umno dalam kalangan pemimpin tertinggi dan ahli parti...Bukannya menyatukan pemimpin tertingi dan ahli parti.... Jadi, tolak sajalah gerakan mengarut ini.

"Saya minta rakyat jangan mudah terpengaruh dengan usul yang cuba dibawa melalui gerakan itu, kerana tindakan berkenaan menunjukkan tiadanya semangat cinta dan sayangkan parti dalam ahli parti sendiri. Ahli Umno yang sayangkan parti perlu bermuafakat dengan tidak memberi sokongan atau terlibat dalam program gerakan yang diadakan itu," kata Ahmad Bashah

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

PAS Tak Mahu Masuk Campur Kemelut MB Terengganu

http://www.ismaweb.net/wp-content/uploads/2015/04/MOHD-AMAR-NIK-ABDULLAH.png
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini memaklumkan, Pas mengambil pendirian dengan tidak mahu masuk campur dalam kemelut Menteri Besar Terengganu yang sedang melanda kini. 

Menurut Amar, Pas sehingga hari ini tidak pernah membincangkan  mengenai kemelut Menteri Besar Terengganu, sebaliknya Pas hanya memerhatikan perkembangan yang sedang berlaku ini.

Jelas Amar, kemelut Menteri Besar yang melanda itu tidak melibatkan Pas, sebaliknya merupakan masalah dalaman UMNO dan Pas enggan 'menangguk di air keruh'.

"Itu masalah dalaman Umno biar dia selesai sendiri. Saya ingat biar Umno selesaikan perkara itu. Pertukaran Menteri besar itu masalah dalaman Umno. Kita tidak mahu campur tangan dan kita tidak mahu menangguk di air keruh," kata Amar.

Eloklah kalau Pas tak mahu campur urusan kemelut Menteri Besar Terengganu ni... Memang takda apa-apa pun untuk dicampuri... Pas tak perlu nak jadi parti penyibuk macam PKR dan DAP tu!!

PKR dan DAP tu memang laju je kalau berlaku kemelut Menteri Besar atau Ketua Menteri... Bab-bab ni DAP dan PKR memang orang paling awal nak menyibuk... Biasala, nak dapatkan kuasa kerajaan negeri dengan jalan mudah... Tu yang kerja asyik nak sibuk je!!

Kemelut Menteri Besar Terengganu mula tercetus apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menarik balik semua gelaran yang diberikan kepada Ahmad Razif berkuatkuasa 22 April lalu.... Bagaimanapun, punca penarikan semula gelaran itu tidak diketahui sehingga hari ini.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman yang diserbu pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri untuk disoal mengenai kemelut ini, bagaimanapun enggan menjawab dan menyerahkan segalanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

"Saya enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan," kata Ahmad Razif. 

Disediakan oleh : PeneranganPemuda SEREMBAN

#PRNSarawak : Mat Sabu Mahu PKR Mengalah Dengan DAP??

https://helenang.files.wordpress.com/2015/11/mat-sabu-stooge.jpg?w=455
Musim panas yang melanda negara dipanaskan lagi dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, apabila parti dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan DAP bertanding merebut kerusi sesama sendiri. 

Sebelum ini, dikhabarkan memang terdapat pertembungan sesama parti pembangkang diantara DAP dan PAS... Namun selepas selesai penamaan calon pada Isnin lalu, pertembungan sesama parti pembangkang antara DAP dan PKR lebih banyak berbanding pertembungan DAP dan PAS.

Bila terjadinya pertembungan 3 penjuru antara DAP dan PKR, maka wujudlah jari-jari yang cuba menuding menyalahkan pihak lain.... Ada yang menuduh pertembungan ini disebabkan PKR telah mengingkari janji yang telah dipersetujui pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan... Ada pula yang menuduh pertembungan ini disebabkan DAP yang 'gilakan kuasa' untuk memerintah negeri Sarawak.

Kita tak tahu laa kenapa pembangkang boleh melakukan pertembungan sesama sendiri ini... Namun Kita percaya pertembungan ini disebabkan pemimpin pembangkang 'kemaruk' untuk menguasai kerajaan Sarawak.

Bagi meredakan 'kepanasan' pertembungan sesama rakan sekutu ini, Presiden parti Amanah Negara, Mohamad Sabu tampil menggesa PKR dan DAP mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini demi kebaikan parti masing-masing dan rakyat Sarawak.

"Kami sangat mengharapkan pemimpin DAP dan PKR di peringkat nasional dan negeri dapat mencari jalan terbaik sebelum hari pembuangan undi, agar hanya satu lawan satu menentang BN dalam PRN Sarawak kali ini. Saya yakin pemimpin DAP dan PKR berupaya melakukan yang terbaik untuk Pakatan Harapan di Sarawak dan negara," kata Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Walaupun Mat Sabu menggesa kedua-dua parti terbabit mencari jalan penyelesaian sebelum hari mengundi berlangsung, namun gesaan Mat Sabu itu dipercayai dituju kepada PKR supaya dapat menarik diri dan memberi ruang untuk calon DAP bertanding menentang calon BN secara 'one to one'.

Kita sendiri tahu yang Mat Sabu ini merupakan 'orang kuat' DAP apabila berjaya memecah-belahkan Pas dengan menubuhkan sebuah parti baharu... Jadi, dalam kes ini sudah pasti beliau akan mempertahankan DAP untuk terus bertanding berbanding PKR.

Apa pun, pertembungan sesama sendiri ini amat jelas bahawa gabungan parti pembangkang bukanlah sebuah parti yang sesuai dan layak dipilih untuk mentadbir negeri Sarawak mahupun negara.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Calon BN N76 Marudi Gembira Diterima Rakyat Setempat

MIRI : Calon BN bagi Dun N76 Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil hari ini menyatakan rasa besar hatinya terhadap masyarakat Marudi, khususnya pengundi di Dun N76 kerana sentiasa menyokong beliau sebagai calon BN di Pilihanraya Negeri Sarawak.

Didalam satu temubual khas bersama Utaranews.com petang tadi, Datuk Dr Penguang juga menyatakan kegembiraan kerana kempennya bagi PRN kali ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.


Selain itu, Dr Penguang juga berterima kasih kepada semua pemimpin di kampung-kampung serta ketua-ketua tempatan yang memberikan sokongan yang tak berbelah bagi kepada beliau.


Dr Penguang disenangi rakyat setempat kerana beliau bukannya berkempen semata-mata di PRN ketika beliau diangkat sebagai calon BN, tetapi Dr Penguang dihormati kerana khidmatnya sebelum ini yang membantu pelbagai lapisan masyarakat.


Pada pilihanraya kali ini, Calon BN tersebut dicabar oleh wakil DAP serta PKR. Ketika ditanya mengenai peluang beliau untuk menang, Dr Penguang yakin mampu untuk menambat hati rakyat untuk mengundi dirinya pada hari pengundian nanti.


Beliau juga melahirkan harapan agar rakyat terutamanya pengundi di Dun N76 Marudi keluar beramai-ramai untuk mengundi di hari pengundian nanti.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Pembangkang Cuba Main Kotor di Miri.. #prnsarawak

MIRI : Calon BN N75 Senadin, Datuk Lee Kim Shin mendedahkan terdapat cubaan dari pihak pembangkang di Dun Piasau yg mengugut pengundi agar tidak keluar mengundi semasa hari pengundian pilihanraya negeri Sarawak.

Bercakap di satu sidang media di Pejabatnya hari ini, Lee menjelaskan ada juga laporan bahawa pihak yang tidak dikenali, cuba menyebarkan fitnah terhadap parti SUPP di Miri.

Fitnah dari individu tak bertanggungjawab tersebut mengatakan bahawa SUPP cuba membeli undi dengan menawarkan wang kepada pengundi di kawasan berkenaan.

Pejabat calon juga menerima beberapa panggilan yang melaporkan tentang ugutan ini dan percubaan untuk menawarkan wang kepada pengundi supaya tidak keluar mengundi.

Calon sudah memberi kerjasama kepada pihak polis dan juga pihak cawangan khas didalam usaha menjejaki serta menangkap pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.

Lee juga menyeru masyarakat setempat serta pengundi khususnya dikawasan Dun Senadin agar tidak mempercayai khabar angin tersebut. Beliau juga mahu orang ramai berkerjasama dengan pihak Polis untuk menangkap individu yang suka menyebarkan fitnah. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Apakah Ini Cubaan Untuk Melagakan Rakyat Dengan Istana?

Terenggan MB
Kemelut yang sedang berlaku di Terengganu sememangnya mengundang rasa ingin tahu dari semua pihak. Sejuta penghargaan kepada Menteri Besar, yang berjiwa besar untuk terus taat setia kepada Sultan Terengganu sekalipun telah dilucutkan segala darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.

Rasionalnya mudah, iaitu anugerah darjah kebesaran adalah hak mutlak istana. Maka, biarkan lah yang berhak untuk menentukan.

Namun, penulis agak terkejut membaca artikel yang disiarkan di sebuah portal Free Malaysia Today, yang memetik laporan dari portal China Press, apabila mengaitkan perlucutan darjah kebesaran tersebut adalah disebabkan sokongan yang diberikan oleh menteri besar kepada pendakwah bebas terkenal, Dr. Zakir Naik.

Apa yang cuba disampaikan oleh kedua-dua portal ini?

Dr. Zakir Naik, yang menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah dari kerajaan Malaysia, sememangnya mengundang aura luarbiasa dengan kemampuan oratornya, sehingga di bumi Terengganu sendiri menyaksikan lahirnya “saudara baru”. Rata-rata penerimaan rakyat terhadap usaha beliau dan beliau sendiri adalah cukup membuktikan, betapa ilmuwan ini mendapat tempat di hati kebanyakkan masyarakat. Jangan terkejut, ada juga penganut agama lain yang kagum dengan keupayaan yang Dr. Zakir miliki.

Beberapa minggu lalu, kita dapat menyaksikan bagaimana hampir seluruh persatuan dan organisasi Islam mempertahankan kehadiran beliau di Malaysia. Sikap sayangkan agama yang ditunjukkan oleh umat Islam, bersolidariti menyokong Dr. Zakir Naik, menzahirkan masih ada rasa tanggungjawab, sayang dan cinta kepada Islam.

Dengan populariti yang dikecapi oleh Dr. Zakir Naik, laporan-laporan berita yang cuba mengaitkan beliau dengan apa yang sedang berlaku di Terengganu perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa.
Pada hemat penulis, perkara-perkara sedemikian boleh ditafsirkan sebagai cubaan untuk melaga-lagakan rakyat dengan institusi Raja-Raja Melayu.

Untuk apa laporan sedemikian dihebahkan? Apakah ianya bertujuan untuk menyemarakkan amarah dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap Tuanku Sultan Terengganu?

Status sebagai ketua negeri, dan ketua agama Islam yang dimiliki oleh Institusi Raja-Raja Melayu tidak perlu dipertikaikan lagi. Jika YB Tuan Ahmad Razif sendiri mampu berjiwa besar menerima keputusan Istana, rasanya tidak perlu lah untuk pihak-pihak lain campurtangan serta memandai-mandai dalam urusan antara beliau dan pihak Istana. Yang pasti, kita tidak mampu untuk menghalang pihak-pihak yang gemar “menangguk di air yang keruh”.

Jangan biarkan benih-benih anti-monarki dan anarki berputik, kerana kelak nanti ia bakal meruntuhkan “tiang-tiang seri” yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Daulat Tuanku!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

#PRNSarawak : Percayakah Dayak kepada DAP?

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/11/lim-kit-siang.gif
Seorang menggunakan perkataan ‘autonomi’ kepada PKR Sarawak untuk buat keputusan.
Yang seorang lagi ‘pandai-pandai’ pula membawa ungkapan ‘pertandingan mesra’.

Waima apa pun istilah dilontarkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menjustifikasikan pertembungan sesama sendiri calon-calon mereka berdepan Barisan Nasional (BN), kira-kira 1.13 juta pengundi sudah semakin ‘buka mata’.

Sebenarnya DAP dan PKR sudah ‘terpukul’ awal-awal lagi apabila dua kerusi diragut secara percuma oleh BN.

Padahal ini bukan zaman 60-an dan 70-an yang mana menyaksikan sehingga 16 kerusi dimenangi tanpa bertanding di negeri itu tatkala jumlah seluruh kerusi rebutan cuma di bawah 50.

Ini juga bukan tahun 2006 ketika kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro dan Dalat dimenangi tanpa bertanding oleh BN, yang kemudian berjaya dipulihkan pembangkang pada 2011 menyaksikan kesemua 71 kerusi ditandingi mereka. Ini era digital yang tidak sepatutnya wujud masalah komunikasi buat keputusan dalam kalangan parti pembangkang. 

Masuk peringkat kedua, nah! benar-benar terserlah kelemahan DAP-PKR dengan bertembung dan berkelahi sesama sendiri di Mambong, Simanggang, Murum, Mulu, Ngemah dan Batu Kitang.

Kesemua kawasan ini kerusi Dayak. Kerusi-kerusi ini didiami orang Bidayuh, Iban dan Orang Ulu. Masyarakat Dayak bukannya tidak boleh berfikir. Mereka faham DAP barang kali merasakan telah mencapai tahap maksimum sokongan di kesemua 15 kerusi Cina, maka secara psikologi berkehendakkan sangat menerobos kerusi-kerusi Dayak.

Mahu test market barang kali. Sedangkan PKR telah pun me­nyemai ‘benih’ sejak bertahun-tahun di kawasan-kawasan terbabit. Kalau diberi ruang kepada DAP, tentu pemimpin dan ahli akan kecewa.
Tetapi percayakah pengundi Dayak kepada DAP? Dayak masih meragui pembawaan cauvinis DAP sedangkan DAP amat terdesak untuk keluar dari ‘wilayah imej kecinaan’.

Daripada 31 kerusi ditandingi, 16 adalah kerusi Dayak. Ini persediaan paling praktikal menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Sebab itu DAP tidak bimbang ke medan perang ‘meninggalkan’ kubu kuat 15 kerusi Cina ‘deposit tetap’ itu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

#PRNSarawak : PKR, DAP Masih Belum Terlambat Untuk Paksa 3 Calon Tarik Diri

EDITOR MENULIS...
28 APRIL 2016
jacel
Susulan dari kenyataan ‘permohonan maaf’ dari Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini, kini giliran Pengarah Pilihan Raya parti itu, Nurul Izzah Anwar pula bersuara mengenai pertembungan sebanyak 6 kerusi di antara PKR dan DAP di PRN Sarawak kali ini.

Kata Nurul Izzah, PKR memutuskan untuk berbincang dengan DAP berkenaan isu itu selepas PRN Sarawak tamat pada 7 Mei ini. Jadi katanya, sebarang soalan yang dikemukakan kepada PKR mengenai perebutan 6 kerusi Dun tersebut, dia akan berikan jawapan ‘standard’ itu.

Pada pandangan saya, pendirian PKR mengenai isu perebutan kerusi dengan DAP di Sarawak itu menandakan kedua-kedua parti itu sebenarnya enggan mengalah, tidak menghormati antara satu sama lain, tiada kesefahaman dan paling jelas tidak menepati janji.

Apa yang dipersoalkan adalah tentang isu pertindihan calon di PRN Sarawak kali ke-11 di antara PKR dan DAP. Sekiranya perebutan kerusi itu diteruskan, maka secara tidak langsung ia akan mengesahkan sikap sebenar seperti yang dikatakan di perenggan di atas.

Pada saya, PKR sebenarnya mampu untuk mengelak dari terus dilabel sebagai ‘mengejar kerusi’, tidak menepati janji atau mengkhianati kesepakatan. Malah mereka sebenarnya mampu mengatasi masalah yang berlaku dengan DAP di Sarawak menerusi persefahaman di dalam perbincangan yang amat mudah.

PKR dan DAP masing-masing meletakkan calon di 6 Dun Sarawak, iaitu Mulu, Mambong, Ngemah, Murum, Simanggang dan Batu Kitang. Mungkin masing-masing memikirkan mereka mampu menang di kerusi-kerusi terbabit.

Pada pandangan saya, selagi belum tiba hari mengundi, PKR dan DAP masih boleh mengarahkan calon masing-masing menarik diri dari bertanding di Dun-Dun tersebut. Jika ingkar arahan parti, mereka boleh bertanding di atas tiket ‘calon bebas’.

PKR dan DAP sepatutnya duduk semeja segera. Mereka sepatutnya boleh mencari titik persetujuan untuk membahagi 6 kerusi Dun tersebut kepada parti masing-masing. Maksud saya, berikan 3 Dun kepada calon PKR dan 3 Dun lagi kepada calon DAP. Selesai masalah, bukan?

Apakah yang membuat masalah tersebut gagal diselesaikan? Kenapa susah sangat untuk PKR dan DAP duduk semeja untuk membincangkan soal pembahagian kerusi 6 Dun itu dan membiarkan berlaku pertindihan calon kedua parti berkenaan?

Saya yakin, punca utama masalah itu diatasi ialah kegagalan PKR dan DAP dalam menyatukan PKR Sarawak dan DAP Sarawak sebagai satu parti yang mewakili Pakatan Harapan. ‘Skill’ politik dan perpaduan mereka sebenarnya sangat goyah!

Mereka tidak seperti BN Sarawak yang meskipun memiliki banyak parti komponen, ada yang bertelagah dan kurang sefahaman, namun mereka mempunyai semangat kesepakatan yang jitu dan kukuh untuk bersatu padu sebagai satu parti. Itulah yang tidak ada pada PKR dan DAP.

Itupun PKR dan DAP masih lagi mahu menggunakan perkataan ‘Pakatan’ di dalam pembentukan blok pembangkang mereka? Mereka hakikatnya tidak sepakat, tapi tetap meletakkan nama ‘Pakatan’ kerana mahu beritahu rakyat yang mereka ‘sepakat’?

Masih belum terlambat Nurul Izzah dan DAP untuk memaksa 3 calon mereka menarik diri dari bertanding di kerusi yang sama pada PRN Sarawak kali ini. Cuma kita tunggu dan lihat saja sama ada mereka punya keberanian untuk membuktikan mereka sebenarnya ‘sepakat’ atau ‘tidak sepakat’, bukan?

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban