Thursday, April 28, 2016
Perkukuh Kedudukan, Keutuhan Parti Dan Bermuafakat … Itulah Kekuatan UMNO
AYER KEROH : Dalam usia UMNO menjangkau usia 70 tahun pada
11 Mei ini, sebagai orang perjuangan ahli-ahli UMNO harus pro-aktif
mempertahankan kedudukan dan keutuhan parti yang telah banyak berjaya
kepada rakyat Malaysia selama ini.
Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka, YB Datuk Sulaiman Md Ali
menyifatkan tindakan ini amat penting kerana tanggungjawab
mempertahankan parti terletak di tangan ahli-ahli UMNO sendiri untuk
memastikan parti keramat ini kekal relevan kepada rakyat, khususnya
orang-orang Melayu itu sendiri.
“Jika
bukan kita yang mempertahankan parti ini, nak harapkan kepada siapa
lagi? Ahli-ahli parti termasuk diri saya sendirilah yang mendokong roh
perjuangan parti.
“Kita tidak boleh leka ataupun gagal menerapkan perjuangan parti yang
luhur demi bangsa dan agama, parti itu akhirnya boleh menjadi lemah.
Yang menguatkan parti adalah roh perjuangan, kita perlu terus
memperkukuh dan menguatkan parti.
“Malah sebagai Wakil Rakyat dari UMNO juga, saya harus melaksanakan
peranan agar kebajikan dan permasalahan yang dihadapi rakyat, harus kita
dengar, bela dan berusaha selesaikan masalah mereka,” ujarnya yang juga
Ahli Dewan Undangan Lendu.
Dalam masa yang sama, beliau mengajak ahli UMNO supaya menolak fitnah
khususnya yang melanda dan ditujukan kepada pemimpin dan parti ketika
ini dan ia boleh dianggap sebagai jihad melawan fitnah.
Katanya ancaman fitnah dari luar parti mungkin mampu ditangani UMNO
menerusi pelbagai strategi dan kaedah, namun fitnah dari dalam parti
juga perlu diberi perhatian.
“Angkara fitnah dalaman itu juga amat berbahaya kesannya kepada parti yang pada masa sama menerima serangan fitnah dari luar.
“Fitnah dalaman ini bukan sekadar menggugat kedudukan parti, malah
mampu memecah-belahkan perpaduan ahli akar umbi dan pucuk pimpinan pada
semua peringkat, sekali gus melemahkan parti untuk menghadapi saingan
pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
“Kita bersatu, kita bermuafakat dan kita sama-sama memperkukuhkan
barisan kita, di situlah sebenarnya kekuatan kita. Jadi saya berharap
menjelang Hari UMNO 70 tahun ini, sama-samalah kita mengikat kekuatan
kita, permuafakatan kita demi kelangsungan UMNO itu sendiri sekaligus
kita harus bekerja kuat untuk merampas semula kerusi-kerusi DUN dan
Parlimen yang terlepas ke tangan pembangkang pada PRU13 lalu”, ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment