Tuesday, April 26, 2016
Padan Mukanya....Mazlan Aliman Bakal Muflis Jika Tidak Bayar FELDA RM350,000
Bekas orang kuat PAS yang kini menyertai Parti Amanah Negara (PAN)
Mazlan Aliman (kiri sekali) akan berdepan tindakan muflis jika gagal
membayar ganti rugi RM350,000 kepada FELDA.
Ini selepas Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd gagal dalam
permohonan untuk menangguhkan bayaran yang dibuat hari ini.
Peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi yang mewakili Mazlan dan Angkatan
Edaran, berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat
keputusan itu dalam kamar selepas mendapati permohonan untuk
menangguhkan pembayaran ganti rugi itu tidak mempunyai merit.
Beliau berkata, anak guamnya diperintahkan membayar kos sebanyak RM5,000.
Dalam prosiding itu, FELDA diwakili peguam Nor Emelia Mohd Iszeham.
29 Mei tahun lalu Mahkamah Tinggi menetapkan Mazlan dan Angkatan Edaran
membayar ganti rugi itu selepas didapati bertanggungjawab memfitnah
FELDA menerusi penerbitan buku bertajuk, Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah
Long.
Dalam pernyataan tuntutannya, FELDA berkata, tajuk buku itu membawa
maksud agensi itu adalah along atau ceti haram dengan kadar faedah
terlampau tinggi.
Defendan dalam pernyataan terpinda, menyatakan plaintif tidak mempunyai
hak dalam undang-undang mengemukakan tindakan saman fitnah berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment