Thursday, April 28, 2016
Jangan Kaitkan Saya Sebagai MB Baru, Kata Mohd Jidin
KUALA TERENGGANU : ADUN Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee tidak mahu
dirinya dikaitkan kononnya akan dilantik sebagai Menteri Besar
Terengganu yang baru.
Justeru, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi
kerana boleh menimbulkan kekeliruan dan akan menyinggung perasaan
terutamanya pentadbiran sekarang ini.
“Saya ada baca viral tersebut tetapi nasihat saya cukuplah setakat itu,
sebab sebarang keputusan mengenai (pelantikan Menteri Besar) tertakluk
kepada keputusan Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pemberita
seusai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Wisma Darul Iman hari
ini.
Exco Pelancongan dan Kebudayaan itu menambah kesemua Exco dan wakil
rakyat Terengganu memberi sokongan penuh kepada pentadbiran Ahmad Razif.
“Menteri Besar kalau nak ikutkan program dia akan berjumpa dengan semua
ADUN BN petang ini (tetapi ditangguhkan), malah secara individu Menteri
Besar ada membuat perbincangan (dengan wakil-wakil rakyat) dan berjumpa
untuk mendapatkan sokongan sebagai Menteri Besar,” katanya.
Jidin menegaskan bahawa kesemua Exco dan wakil rakyat Terengganu akan menghormati segala keputusan dari Istana.
Pada masa yang sama, Jidin memaklumkan bahawa pertemuan antara Perdana
Menteri dan wakil rakyat BN terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baru.
Perdana Menteri dilaporkan akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan
Mizan Zainal Abidin hari ini bagi membincangkan isu berbangkit.
“Sepatutnya Perdana Menteri akan melakukan perjumpaan dengan semua wakil
rakyat BN esok di Kuala Lumpur tetapi ditangguhkan kepada tarikh baru,”
katanya.
Dosediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment