Thursday, April 28, 2016

Pakatan DAP, PKR Retak Di PRN Sarawak, Terbelah Menjelang PRU-14

Pemimpin DAP dan PKR kini semakin kerap melakukan serangan dan saling mempersalahkan sesama sendiri di media demi nak membuktikan parti mana yang berhak bertanding di kerusi DUN PRN Sarawak yang jadi rebutan sesama mereka.

DAP tuduh PKR sengaja mencuri kerusi miliknyaa, PKR pula mengamuk marahkan DAP yang dikatakan mengacau kawasan yang ditandinginya. Tuding menuding sama sendiri, tikam menikam nak tunjuk kekuatan parti.

Tak cukup dengan berebut kerusi, tuduh menuduh dan saling perlekeh sesama sendiri, terbaru DAP dan PKR melancarkan pula manifesto secara berasingan dengan fokus serta janji yang berbeza-beza antara satu sama lain.
PKR-vs-DAP-manifesto 
Kelmarin, PKR lancar manifesto dengan tema ‘Demi Sarawak’ tanpa kehadiran seorang pun pemimpin DAP, semalam pula DAP bertindak balas melancarkan manifestonya bertemakan ‘Berani Ubah’ untuk PRN Sarawak tanpa menjemput mana-mana pemimpin PKR.

Malah dalam gerakan kempen dan ceramah pun lebih banyak tempat DAP dan PKR bergerak berasingan menampakkan lagi retak yang dah sedia parah.

Bab pembahagian kerusi, gerak kerja kempen dan manifesto pun mereka tak sepakat dan gagal capai persefahaman, layakkah DAP dan PKR diberi kepercayaan untuk bersama-sama tadbir kerajaan di peringkat negeri atau pusat?

Dah tentu tidak! Sama sendiri mereka khianat, tikam menikam belakang, mahu jahanam masa depan rakyat dibuatnya kelak.

Tidak syak lagi, jika senario sekarang dan sejarah sebelumnya diambil kira, pakatan DAP dan PKR yang konon erat kerjasama dalam Pakatan Harapan (PH) yang baru berusia setahun jagung ini bakal terbelah dan terkubur menjelang PRU-14 akan datang.

Jelas sekali mereka berpakat sebelum ini bukan tujuan nak membawa rahmat kepada rakyat dan pengundi, tetapi hanya untuk mencapai hajat bagi menenuhi kepentingan diri. Itu sahaja, sebab itu pakatan demi pakatan dibentuk sebelum ini akhirnya terkubur tanpa nesan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment