Tuesday, April 26, 2016

Selepas PAS, Adakah PKR Akan Jadi Mangsa DAP Untuk Dipecahbelahkan?

EDITOR MENULIS...
26 APRIL 2016
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/05/Permatang-Pauh-Lim-Kit-Siang-Wan-Azizah-Anwar-Ibrahim.jpg
Parti DAP ketika ini dilihat perlu melumpuhkan satu lagi parti yang ada pengaruh Melayu di dalamnya dalam usaha untuk mencapai impian politik mereka untuk mentadbir negara ini dengan acuan mereka sendiri tanpa ada gangguan lain.

Jika dilihat dari dalam pakatan pembangkang iaitu Pakatan Harapan, mereka sudah berjaya memecah belahkan PAS sehingga tertubuhnya parti baru iaitu serpihan besar dari PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN) yang diketuai bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Parti PAN merupakan parti yang sudah dipastikan awal-awal oleh DAP untuk menuruti sahaja apa keputusan mereka sama ada dalam pilihan raya ataupun dalam menangani isu-isu semasa.
pkr-pecah 
Kalau dilihat dari senario sekarang, PKR dilihat nampaknya memberikan sedikit cabaran dan gangguan kepada perjalanan politik DAP kerana parti itu masih mempunyai pengaruh Melayu dan juga pengaruh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri.

Siapa yang berani kata DAP akan memberi ruang dan laluan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri andai pembangkang menang adalah silap sama sekali.

Impian Penasihat DAP Lim Kit Siang mahupun anaknya Lim Guan Eng untuk merasa jawatan tertinggi dalam badan eksekutif dalam negara ini siapa pula yang akan beri perhatian.

Nampaknya, tidak mustahil menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang pada 2018 PKR juga akan dipecah-belahkan oleh DAP dalam gerak kerja yang paling halus demi memastikan laluan mereka untuk menang Pilihan Raya Umum secara solo akan menjadi kenyataan.

DAP mampu untuk bertanding kesemua 222 kerusi dalam Parlimen jika mereka mahu tetapi atas sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) mereka terpaksa bergabung dengan PAS dan PKR dan terbukti ia berjaya apabila berjaya menubuhkan kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang.

Dengan masa semakin terdesak dan PKR semakin ‘demanding’, akan sampai satu masa PKR juga akan menerima nasib yang sama seperti PAS yang sudah ada parti serpihan.

Jangan lupa bekas Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh pernah mengakui bahawa Anwar memang terlibat dalam jenayah meliwat dan pernah meminta beliau bertaubat. Jadi, tidak mustahil rahsia ‘hitam’ Anwar sudah ada di dalam poket DAP dan hanya menunggu masa yang sesuai.

Apa yang pasti, Pakatan Harapan dijangka akan gagal di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak apabila masih gagal menyelesaikan masalah pembahagian kerusi antara mereka.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment