Tuesday, April 26, 2016

Mesyuarat Exco Terengganu Berjalan Seperti Biasa Dipengerusikan Ahmad Razif

http://teganukita.my/tkv1/wp-content/uploads/2014/05/61.jpg
KUALA TERENGGANU : Mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Terengganu berjalan seperti biasa pagi ini di Wisma Darul Iman dengan dipengerusikan Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.

Tinjauan media mendapati kesemua barisan Exco hadir pada mesyuarat itu.

Ahmad Razif tiba di Wisma Darul Iman dengan kenderaan rasminya pada kira-kira 9.25 pagi. 

Beliau yang memakai kemeja berwarna putih dan tali leher berwarna biru kelihatan ceria dan turut menyapa wartawan yang menunggu sejak 8.30 pagi. 

Beliau kemudiannya masuk ke bilik mesyuarat bersama-sama semua sembilan Exco bagi mengadakan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat 22 April, dan perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada media pada Isnin.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment