Tuesday, April 26, 2016
DAP Akan Berperang Dengan PAS Di Miri.. #PRNSarawak
MIRI : Pertembungan diantara PAS dan DAP di Dun N74 Pujut
dijangka akan memanaskan lagi kempen sepanjang pilihanraya negeri kali
ini.
Calon PAS diletakkan dikawasan ini untuk menentang 3 lagi calon dari BN,
DAP serta calon Bebas. Ini membuktikan bahawa perpecahan dikalangan
Pakatan pembangkang semakin kronik bukan sahaja di semenanjung, tetapi
juga kian menular ke Sarawak.
Walaupun sebelum ini DAP mendakwa mereka mempunyai hubungan baik
dikalangan pembangkang, tetapi perebutan kawasan di Pilihanraya Negeri
Sarawak kali ini menunjukkan sebaliknya.
Sebelum ini PAS memutuskan untuk bertanding di beberapa kawasan pada PRN
Sarawak untuk menentang DAP yang mereka dakwa bersikap besar kepala
didalam Pakatan pembangkang.
Tindakan PAS ini mengundang kemarahan DAP serta menganggap PAS sudah
berpaling tadah dan sudah 'dibeli' oleh Barisan Nasional. Mampukah PAS
'berperang' dengan DAP di PRN ini? Sama-sama kita nantikan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment