Silap hari bulan lepas ni Mahathir melutut sanggup cium kaki pulak, semata-mata demi menjayakan agenda busuk mereka tu. Jatuh maruah seorang pemimpin tersohor sebab sanggup merayu demi menjayakan rancangan jahat mereka.
"Yang jelas ialah tidak ada lagi harapan atau peluang bagi Umno menukar pemimpin dan menamatkan salahlaku Najib.
"Oleh itu hanya rakyat yang cinta dan sayang negara sahaja yang boleh bertindak.
"Saya rayu kepada rakyat tanpa mengira kaum atau parti, supaya menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyelamatkan negara kita Malaysia.
"Lebih ramai sokongan kepada Deklarasi Rakyat, lebih besarlah kemungkinan matlamat menamatkan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri dicapai," katanya semalam di blog miliknya.
Tuduhan Mahathir terhadap UMNO semakin keras apabila dia dilihat semakin terdesak untuk mendapatkan tanda tangan. Katanya UMNO kini tidak lagi diurus dengan baik dan bukan lagi sebuah parti demokratik yang memberi hak kepada ahli untuk memilih pemimpin.
"Ahli Umno sendiri tidak langsung ternampak mengambil berat akan masalah negara. Kebencian mereka kepada tokoh tertentu mengatasi kesayangan dan kesetiaan mereka kepada negara,
"Sekarang hak ini sudah ditamatkan oleh Najib. Sesiapa yang menegurnya dilucutkan jawatan dan ditamatkan keahlian. Dan bermacam tekanan lain dikenakan.
"Rakyat juga kehilangan hak melapor kepada polis berkenaan salahlaku Najib. Mereka akan disoal, ditangkap, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan ke mahkamah.
"Akhbar dan TV tidak boleh melaporkan berkenaan salahlaku Najib," katanya.
Mahathir sanggup memburukkan dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, semata-mata nak bagi nampak Najib bersalah. Padahal apa yang diperkatakannya itu sama macam apa yang dilakukan pada zamannya dahulu.
No comments:
Post a Comment