Antara baris kandungan manifesto BN Sarawak yang diketengahkan kali ini antaranya adalah BN Sarawak nekad akan memperjuangkan hak Sarawak serta hak-hak rakyat seisinya. Disamping itu, BN Sarawak akan memastikan kebajikan terhadap golongan orang yang kurang bernasib baik dipertingkatkan.
Bagi memperjuangankan kebajikan rakyat Sarawak pula, BN akan menyediakan lebih banyak rumah mampu milik yang dikhaskan untuk golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Malah BN Sarawak akan memperluaskan jaringan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan khususnya bagi golongan muda.
Bukan itu sahaja, bagi memastikan Sarawak terus berkembang dan sejajar dengan kenaikan ekonomi negara. BN Sarawak komited akan memastikan proses pembangunan jaringan jalan, liputan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi dipercepatkan.
Bagi memelihara keharmonian rakyat Sarawak pula, BN Sarawak akan memastikan budaya, warisan dan kepercayaan kepelbagaian kaum serta etnik di negeri tersebut diperlihara. Disamping menjaga hak rakyat ke atas tanah mereka, BN Sarawak berjanji akan menjaga, melindungi serta memulihara alam semulajadi negeri itu.
Antara manifesto lain adalah bakal membangunkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusi untuk keselesaan para pelabur dan usahawan. BN juga bakal industrialisasikan negeri melalui sektor pembuatan, pelancongan dan tranformasi luar bandar.
No comments:
Post a Comment